Britain antara 27 negara yang dikenakan sekatan kemasukan ke Belgium berkuat kuasa selewat-lewatnya 27 Jun ini, kata jurucakap Menteri Kesihatan, Frank Vandenbroucke, Jan Eyckmans, semalam.
MOH berkata adalah penting bagi kontak rapat pesakit yang dijangkiti dikenal pasti segera dan diasingkan supaya penyebaran lanjut coronavirus dapat dikekang dan dibasmi.
AGENSI JAKARTA: Kes COVID-19 Indonesia melonjak mendadak sebulan selepas cuti Aidilfitri apabila merekodkan lebih 12,000 kes selama tiga hari berturut-turut, membabitkan varian Delta yang pantas...
Setelah lebih dua jam stesen pendaftaran vaksin COVID-19 di Pulau Timbang dan Pulau Sanghai di sini dibuka Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) melalui Program Outreach baru-baru ini namun bilangan penduduk tampil mendaftar, tidak sampai 50 orang.
KOTA KINABALU: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan iaitu Kampung Skim Pamalan, Keningau, Kampung Jaya Baru, Kunak, Taman Wijaya Park, Kota Kinabalu, Kampung Serudung Baru, Tawau dan Ladang Brumas, Kalabakan.
Dua kes kematian dilaporkan di Sabah hari ini disebabkan oleh COVID-19 manakala kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 241 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negeri ini sebanyak 64,973 orang.
Kerajaan negeri telah meminta laporan lengkap berhubung kejadian banjir di sekitar bandaraya dan daerah berhampiran yang berlaku Jumaat lalu termasuk keadaan perparitan di daerah lain yang sering dilanda banjir.
PAPAR: Keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kakak mereka membakar semangat tiga beradik untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga sanggup mendaki bukit hampir setiap hari bagi mendapatkan isyarat perkhidmatan Internet untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).