COVID-19 : Sabah Catat Kes Pulih Lebih Tinggi Berbanding Kes Baharu, Rekod 2 Kematian
Sabah mencatatkan kes pulih sepenuhnya lebih tinggi berbanding kes baharu COVID-19 sebanyak 307 orang selain merekodkan dua kes kematian membabitkan daerah Lahad Datu dan Papar
PKPD: 10 Lokaliti Dikenakan PKPD, 6 Lokaliti Ditamatkan
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tiada kluster baharu dilaporkan hari ini, namun saringan kluster dan saringan kontak rapat menyumbang kepada 70% daripada kumulatif harian kes yang dicatatkan pada hari ini.
PKPD : Pemasangan Kawat Duri di Kampung Pikat Bongawan
Seramai satu pegawai dan 13 orang anggota lain-lain pangkat dari Rejimen 507 Askar Wataniah dan Rejimen Askar Melayu Diraja melaksanakan pemasangan kawat duri di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Pikat Bongawan.
“Sumbangan Ini Dapat Bantu Kami Bina Semula Rumah Baharu,” Penerima Bantuan MUIS
Mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru pada Mei lalu menarik nafas lega apabila menerima bantuan berupa kewangan yang disalurkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Operasi Kedai Makan Sehingga 9 Malam, DBKK Benarkan 2 Taman Awam Beroperasi Esok
Operasi restoran dan kedai makan termasuk di hotel di sekitar Kota Kinabalu dibenarkan untuk meneruskan aktiviti makan di premis (dine-in) selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sabah yang baharu bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua yang bermula Sabtu lalu.
Warga Pendidik Sertai Sesi Perkongsian Ilmu `Kopi O Pulut Panggang’
Seramai 226 warga pendidik dari seluruh negara menyertai sesi perkongsian ilmu Profesional Learning Community (PLC) yang diadakan secara maya melalui pelantar YouTube Live, baru-baru ini.