Sebanyak 5,612 pendaftaran baharu penerima vaksin COVID-19 direkodkan hari ini di Sabah menjadikan peratusan pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini sebanyak 34.3 peratus.
Sabah mencatatkan jumlah kes baharu COVID-19 pada hari ini sebanyak 239 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 72,850 kes dengan dua kematian dilaporkan iaitu dari Daerah Sandakan.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang mengkaji cadangan bagi mewujudkan Pusat Kuarantin Setempat (OSQC) selaras dengan agenda sekuriti makanan negara
Kekurangan bekalan vaksin yang disalurkan ke daerah ini bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dikhuatiri akan menyebabkan keyakinan rakyat akan hilang bagi mendapatkan vaksinasi.
Sebuah rumah yang dinamakan sebagai Teratak Prihatin dibawah Projek Jiwa Murni Tentera Darat dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, 5 Divisyen dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah diserahkan kepada seorang penduduk Samir Cosmas,53.
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan selama 14 hari sehingga 29 Julai.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS)