Program ‘Outreach’ Vaksinasi Tenom Bukti Rakyat Luar Bandar Tidak Sabar Terima Vaksin
Kerajaan Pusat diminta untuk segera melaksanakan penghantaran vaksin COVID-19 ke Sabah seperti yang dijanjikan sebelum ini bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) selain permintaan tinggi penduduk luar bandar menerusi Program Jangkauan Luar (Outreach) yang dilaksanakan di seluruh negeri.