COVID-19: Kes sporadik semakin meningkat di Sabah

Peratusan kes bergejala tanpa diketahui dari mana punca atau apa yang dipanggil kes-kes sporadik semakin meningkat menjadikan jumlah kes baharu kembali kepada empat digit dengan catatan 1,062 kes hari ini serta turut merekodkan sebanyak sembilan kes kematian dilaporkan iaitu empat kes di Kota Kinabalu, dua kes di Sipitang dan masing-masing satu kes di Tawau, Sandakan dan Kudat.

Pendidikan Alam Sekitar ‘Virtual EE Race’ untuk guru sekolah rendah dan menengah Daerah Kota Kinabalu dan Penampang

Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Hidupan Liar, Borneo Sun Bear Conservation Society, Reef Check Malaysia dan PACOS Trust telah melaksanakan Program Pendidikan Alam Sekitar “Virtual Environmental Education (EE) Race” untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah di daerah Kota Kinabalu dan Penampang selama dua hari melalui aplikasi Zoom.