COVID-19: Jumlah Kes Sembuh lagi Tinggi Dari Kes Positif Baharu Di Sabah

Sabah mencatatkan kes sembuh sepenuhnya lebih tinggi iaitu 3,067 berbanding kes positif baharu COVID-19 2,310 kes hari ini, selain turut merekodkan 42 kes kematian iaitu 10 di Tuaran, sembilan di Kota Kinabalu, tujuh di Tawau, empat di Sandakan, tiga di Beaufort, dua di Penampang, Papar dan Keningau manakala Kudat, Putatan dan Kinabatangan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.