U-Science UMS Pelawa Pelajar Sertai Cabaran STEM4ALL: D.I.Y STEM Exploration
U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kolaborasi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mempelawa pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Sabah untuk menyertai program STEM4ALL: D.I.Y. STEM Exploration bertemakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).