UMS-Yayasan Sabah Jalin Kerjasama Penyelidikan Tangani Isu Perubahan Iklim dan Spesis ikonik tempatan

Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneroka potensi penyelidikan dan pemindahan ilmu konservasi bersama Yayasan Sabah melalui kerjasama mewujudkan kepakaran tempatan dalam bidang Ekologi berkaitan perubahan iklim, penyerapan/sekuestrasi dan penyimpanan karbon dan Nic Kajian Mengenai Spesies Ikonik Tempatan (Ecological Function on climate change in regards to carbon sequestration and stock dan Niche Studies on Local Iconic Species).