Dalam kenyataan hari ini, KPM turut menyarankan supaya ketetapan itu juga terpakai di semua sekolah rendah institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah kementerian berkenaan.
Labuan merekodkan 159 kes COVID-19 dengan dua kluster aktif, sekali gus menukar status pulau bebas cukai ini kepada zon merah berkuat kuasa pada Jumaat (26 November 2021).
Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) telah menganjur satu program memberi pengetahuan dan kesedaran kepada penduduk tentang bahaya penyakit kanser serta langkah-langkah pencegahan, yang diadakan di Balairaya Kg Seri Menanti di sini, hari ini.
Kerajaan memahami keresahan dan maklum balas orang ramai mengenai harga tambang penerbangan yang terlalu tinggi menjelang musim cuti penghujung tahun ini dan awal 2022. Secara khususnya, ramai yang telah melahirkan rasa marah terhadap tambang penerbangan ke Sarawak yang luar biasa tinggi.
Penguatkuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta untuk membuat siasatan berhubung aduan manipulasi harga pakej pelancongan oleh ejen tidak berdaftar di daerah Semporna.
Pemain pelancongan luar bandar mahu peruntukan khas Sabah New Deal (SND) bagi sektor pelancongan dilanjutkan tahun depan kerana masih ramai yang memerlukan sokongan kewangan untuk membantu menaiktarafkan kemudahan mereka.
Kerajaan Negeri dan Persekutuan memperuntukkan hampir RM25 juta untuk melaksanakan projek pembangunan dan kemudahan asas untuk manfaat penduduk di daerah ini pada tahun ini.
Dua pemain Sabah FC, Rawilson Batuil dan Nazirul Naim Che Hashim antara yang terawal menandatangani kontrak baharu untuk terus beraksi bersama skuad Sang Badak dalam aksi Liga Super 2022.