HomeLuar negaraWHO isytihar B.1.1.529 sebagai VOC, dinamakan semula Omicron

WHO isytihar B.1.1.529 sebagai VOC, dinamakan semula Omicron

Read Time:1 Minute, 27 Second

AFP

GENEVA ~~Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan strain baharu COVID-19, B.1.1.529 sebagai varian membimbangkan (VOC) dan dinamakan semula sebagai Omicron.

Klasifikasi itu meletakkan Omicron yang kali pertama dikesan di Afrika Selatan, baru-baru ini, dalam kategori varian COVID-19 paling membimbangkan bersama-sama Delta, Alpha, Beta dan Gamma.

Perkembangan itu menyaksikan pelbagai negara di seluruh dunia segera menyekat penerbangan bagi mengekang penularan Omicron, semalam.

Malah, kebimbangan tercetus akibat varian berkenaan turut menyebabkan pasaran saham dan harga minyak menjunam, sekali gus berpotensi memberi tamparan hebat kepada pemulihan ekonomi global.

“Bukti menunjukkan perubahan memudaratkan dalam epidemiologi COVID-19, dan WHO menetapkan B.1.1.529 sebagai VOC yang dinamakan Omicron,” menurut agensi kesihatan bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dalam satu kenyataan.

WHO memaklumkan, pihaknya dijangka mengambil masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan kajian terhadap Omicron.

Ia bagi melihat sama ada berlaku sebarang perubahan dari segi kebolehjangkitan, keterukan atau implikasi terhadap vaksin COVID-19, ujian saringan dan rawatan.

Perubahan klasifikasi itu menyusul selepas mesyuarat tergempar diadakan secara maya oleh Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Evolusi Virus SARS-CoV-2.

Varian itu kali pertama dilaporkan kepada WHO dari Afrika Selatan, Rabu lalu.

Jangkitan pertama varian Omicron yang disahkan adalah daripada satu spesimen dikumpulkan pada 9 November lalu.

Dalam tempoh beberapa minggu lalu, jangkitan di Afrika Selatan meningkat secara mendadak, bertepatan dengan pengesanan itu.

“Varian itu mempunyai sejumlah besar mutasi, di mana sesetengahnya adalah membimbangkan

“Bukti awal mencadangkan peningkatan risiko jangkitan semula dengan varian itu berbanding VOC lain,” kata WHO.

Menurut WHO lagi, bilangan jangkitan Omicron didapati meningkat di hampir kesemua wilayah di Afrika Selatan.

Selain Afrika Selatan, setakat ini, Omicron juga dilaporkan dikesan di Israel membabitkan seorang individu yang tiba dari Malawi; Botswana; Belgium dan Hong Kong.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya