HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan Salur Bantuan Kepada Golongan Petani & Nelayan Terjejas...

DUN Sabah : Kerajaan Salur Bantuan Kepada Golongan Petani & Nelayan Terjejas Pendapatan

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri sentiasa berusaha menyalurkan bantuan kepada golongan petani dan nelayan yang terjejas sumber pendapatan ekoran pandemik COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri  Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia termasuklah memberi Bantuan Sabah Prihatin (BSP) secara tunai berjumlah RM300 seorang kepada petani, penternak dan nelayan sebanyak tiga kali.

Katanya, sebanyak 84,443 orang petani, 449 orang penternak dan 8,437 orang nelayan telah mendapat manfaat daripada bantuan ini.

“Sejak September 2020 sehingga Julai lalu, Kerajaan telah memberikan BSP kepada petani, penternak dan nelayan yang melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM94.8 juta.

“Selain itu, kerajaan turut membangunkan Agriportal yang merupakan sistem aplikasi Pemasaran Hasil Pertanian untuk menghubungkan pengeluar dengan pembeli atau pengeksport.

“Sistem ini memudahkan aliran pergerakan pemasaran dan eksport hasil-hasil pertanian negeri terutama sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Fairuz Renddan (BERSATU – Pintasan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jeffrey berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut menyediakan pelbagai jenis bantuan dan insentif bagi membantu golongan nelayan marin dan pengusaha akuakultur.

Katanya, antara bantuan yang disalurkan ialah Bantuan kepada  Nelayan Pesisir Pantai dimana ia membabitkan Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan sebanyak RM300 setiap bulan.

Selain itu tambahnya, bekalan Minyak Diesel dan Petrol bersubsidi pada harga lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM1.65/liter turut diberikan.

“Manakala bagi bantuan pengusaha Akuakultur Marin, ia diberikan dalam bentuk input ternakan seperti peralatan ternakan, benih, makanan ikan, peralatan sokongan dan kemudahan infrastruktur yang melibatkan seramai 305 orang pengusaha akuakultur marin dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.96 juta telah dilaksanakan.

“Bagi Pengusaha Akuakultur Air Tawar, Jabatan Perikanan Sabah telah menyalurkan bantuan insentif seperti benih ikan, makanan rumusan ikan (di bawah program Dana Jaminan Makanan) dan peralatan sokongan ladang kepada penternak ikan air tawar yang terpilih di Sabah,” katanya.

Katanya, jumlah keseluruhan peruntukan yang dibelanjakan adalah RM356,650 pada tahun 2021. 

“Seramai 24 orang penternak di seluruh Sabah telah dibantu melalui Program Dana Jaminan Makanan dengan kadar bantuan maksimum RM20,000 seorang mengikut kelayakan.

“Bagi penternak dan pengusaha akuakultur, bantuan gantian ternakan sihat adalah diberikan mengikut jenis ternakan dengan nilai had kadar yang diluluskan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya