HomePolitikPeter Kekal Keputusan Tubuh Parti Baharu

Peter Kekal Keputusan Tubuh Parti Baharu

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Bekas Naib Presiden Warisan (WARISAN) Datuk Peter Anthony kekal dengan keputusan untuk menubuhkan parti baharu.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, parti baharu itu sudah pun ditubuhkan.

“Terima kasih atas kepercayaan dan pelawaan itu (menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), tetapi kami sudah tubuhkan parti politik yang akan menjadi landasan untuk kami sama-sama menyumbang kemajuan Sabah.

“Parti baharu ini akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada pelawaan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR),  Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang mempelawa Peter dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim menyertai parti itu.

Peter bagaimanapun mengalu-alukan kesatuan pemimpin-pemimpin KDMR yang selama ini terisah dengan fahaman politik masing-masing.

Katanya, pihaknya akan terus berbincang untuk dapatkan satu solusi penyatuan bukan sahaja dikalangan pemimpin politik KDMR tetapi semua pemimpin Sabah.

“Sudah sampai masanya untuk semua berpadu dan bersama dalam satu gabungan yang fokus kepada kemajuan Sabah.

“Marilah kita berganding bahu, yang lepas tu lepaslah. Fokus kepada kemajuan Sabah. Kita berusaha dan berdoa  agar menerusi `pisompuruan’ (kesatuan), Sabah akan maju jaya,” katanya.

Terdahulu, Jeffrey mempelawa Peter dan Juil untuk menyertai STAR selepas mereka mengumumkan keputusan keluar daripada WARISAN.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya