HomeUtama34 Pegawai,Penolong Pegawai Daerah Dilantik Pengerusi Dakwah Daerah

34 Pegawai,Penolong Pegawai Daerah Dilantik Pengerusi Dakwah Daerah

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Seramai 34 Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah di seluruh negeri yang dilantik sebagai Pengerusi Dakwah Daerah akan membantu Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melaksanakan aktiviti dakwah dan pendidikan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, mereka yang dilantik akan menyelaras, memantau dan memberikan cadangan mengenai aktiviti dakwah dan pendidikan serta isu-isu ummah di kawasan masing-masing.

“Pada hari ini (semalam) kita memberi penjelasan mengenai tugas dan peranan Pengerusi Dakwah Daerah seterusnya menyampaikan lantikan kepada 34 Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah seluruh Sabah.

“Antara tanggungjawab Pengerusi Dakwah Daerah termasuklah menyelaras, memantau dan memberikan cadangan mengenai aktiviti dakwah dan pendidikan serta isu-isu ummah di daerah masing-masing,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Badan Dakwah Daerah Negeri Sabah disini semalam.

Mohd Arifin berkata, antara aktiviti dan isu-isu ummah itu termasuklah tanah  wakaf, perkuburan, sekolah dan urusan produk dan persijilan halal yang diselaras dengan MUIS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dn Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Katanya, MUIS pada tahun ini turut memperuntukkan sejumlah RM170,000 untuk diagihkan kepada 34 Pegawai Daerah dan ADO yang dilantik sebagai Pengerusi Dakwah Daerah.

“Pada tahun ini, MUIS memberikan peruntukkan sejumlah RM170,000 dimana sebanyak RM5,000 diagihkan kepada setiap Pengerusi-Pengerusi Dakwah Daerah bagi menampung perbelanjaan mereka melaksanakan aktiviti dan program dakwah di daerah masing-masing.

“Selain itu, JHEAINS turut memberikan peruntukan untuk penganjuran program Hari Kebesaran Islam seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul SAW dan Majlis Tilawah Al-Quran,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya