Sebanyak 63.13 peratus daripada 5,007 kes jangkitan COVID-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini adalah berpunca daripada jangkitan sporadik atau kes yang dikesan melalui saringan bergejala.
Seramai 221 peserta mengikuti program perkongsian ilmu bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA), kelmarin.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM) mengeratkan lagi kerjasama bidang pemuliharaan hutan dengan Yayasan Sabah menerusi penganjuran Program Bersama Komuniti Konservasi Lembah Danum baru-baru ini.