Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Pertanian dan Perikanan (MAF) Sabah hari ini memeterai tiga memorandum persefahaman (MOU) berhubung sektor agromakanan khususnya di negeri ini.
Ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati selain menjaga keselamatan anak-anak ketika mengunjungi Bazar Ramadan dan kawasan tumpuan ramai bagi mengelak berlaku jangkitan COVID-19.
Keselamatan pelancong yang tiba ke negeri ini khususnya di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) akan diberi tumpuan utama berikutan pembukaan sempadan negara bermula 1 April lalu.
Kementerian Belia dan Sukan Sabah sedia menjadi Rakan Strategik kepada Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) cawangan Sabah dalam program I – Saraan ataupun lebih dikenali sebagai caruman sukarela.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukan sejumlah RM285 juta untuk disalurkan ke jabatan serta agensi dibawah MAFI di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima
kunjungan hormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan rombongan di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 4,080 kilogram minyak masak bersubsidi selepas menahan sebuah bot kargo di jeti Pangkalan Nelayan Silam Kem pada jam 10.15 malam kelmarin.
Pesara guru yang melahirkan modal insan negara sentiasa dihargai kerajaan selain berupaya meneruskan khidmat kepada masyarakat menerusi aktiviti berpersatuan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia menjalin kolaborasi dengan mana-mana syarikat besar khususnya di negeri ini bagi membantu mencegah kebakaran lebih teruk.