LPKP Setuju Naikkan Kadar Tambang Khas Bas Ekspress Sepanjang Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022
Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan kenaikan kadar tambang 10% daripada kadar tambang asal perkhidmatan Bas Ekspres, Mesyuarat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bersetuju untuk menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen (RM0.143) bagi setiap kilometer sepanjang tempoh dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022 berbanding 13 sen bagi setiap kilometer sebelumnya.