HomeUtamaGempa bumi lemah di Kundasang, Sabah 

Gempa bumi lemah di Kundasang, Sabah 

Read Time:36 Second

Kota Kinabalu – Gempa bumi lemah 3.7 magnitud berlaku di Kundasang, Sabah pada 9.28 pagi ini. 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada jarak 14 kilometer (km) barat laut Ranau, Sabah. 

Menurut kenyataan itu seperti dilaporkan BERNAMA, gempa yang berlaku pada kedalaman 10km itu telah menyebabkan gegaran dirasai di Ranau.

Sementara itu di Ranau, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Talib, berkata tiada bangunan yang rosak susulan kejadian gempa bumi itu. 

“Setakat ini, bomba tiada menerima aduan susulan gempa bumi itu. Bagaimanapun BBP Ranau ada melakukan pemantauan di kawasan Pekan Ranau. 

“Setakat ini keadaan terkawal dan hasil laporan pasukan bomba yang memantau, tiada kerosakan bangunan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya