Guru, pelajar SMK Gadong ditawarkan kelas Bahasa Cina percuma

Read Time:1 Minute, 24 Second

BEAUFORT: Confucius Institute @ Universiti Malaysia Sabah ([email protected]) merancang untuk menawarkan kursus Bahasa Cina (HSK Tahap 1) secara percuma kepada guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong di sini yang berminat.

Perkara itu disuarakan ketika rombongan [email protected] yang diketuai Profesor Madya Deng Rong (Pengarah China) dan Profesor Dr Low Kok On (Pengarah Malaysia) mengadakan lawatan di sekolah berkenaan.

Menurut Low Kok On, HSK ialah peperiksaan yang menawarkan sijil yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Semua pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di universiti China harus mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan sijil HSK, Tahap 3.

[email protected] turut menyediakan kelas bimbingan secara percuma kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan Bahasa Cina HSK,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi taklimat kepada pelajar dan guru SMK Gadong.

Low Kok On turut menerangkan sejarah, tujuan penubuhan dan aktiviti [email protected] secara ringkas.

Menurut beliau, [email protected] ialah sebuah institut pengajaran bahasa dan budaya Cina bagi warga di seluruh Sabah.

“Selain itu, [email protected] juga membantu pelajar dari seluruh Sabah yang mengambil peperiksaan HSK di [email protected] bagi memohon biasiswa untuk melanjutkan pengajian mereka di China,” jelasnya.

Hadir sama pada program itu Pengetua SMK Gadong Siti Jubaidah Karia.

Sementara itu, seorang pelajar bahasa Cina di [email protected], Dr Musnin Misdih turut berkongsi pengalaman beliau kepada pelajar dan guru SMK Gadong.

Beliau yang juga pensyarah di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) UMS berkata, pelajar bukan Cina yang fasih berbahasa Cina akan menguntungkan mereka samada dari segi peluang pekerjaan atau berkomunikasi dengan masyarakat Cina kelak.

Kunjungan [email protected] ke sekolah menengah itu turut menyaksikan pendaftaran para guru dan pelajar untuk mengikuti kelas Bahasa Cina yang dijangka dibuka pada pertengahan Oktober depan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.