10 pelajar cemerlang STPM terima Anugerah BKNS

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan Anugerah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) kepada 10 pelajar yang mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sini pada Selasa.

Hajiji turut memberikan kata-kata semangat kepada pelajar mencapai CGPA 4.0 dengan sempurna yang akan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan.

Beliau berharap mereka akan terus mencari kecemerlangan dalam akademik dan dapat membantu membangunkan negeri ini apabila tamat pengajian nanti.

Selain anugerah BKNS, para pelajar juga turut menerima RM3,000 setiap seorang yang disumbangkan oleh Ketua Menteri.

Penerima anugerah BKNS ialah Azza Nazeerah Norsidi (Maktab Sabah Kota Kinabalu), Fredelina Franklin Frankey (SMK St. Peter, Telipok), Mary Cassandra Christinus (SMK Limbanak, Penampang), Mohammad Haqim Roslan (SMK Tamparuli), Feiron Umpil @ Felix (SMK Tambunan), Ummu Zafirah Kaderi (SMK Usukan, Kota Belud), Krestyelah Ubid (SMK Ranau), Farrah Nurainn Fatman (SMK Kota Marudu), Norshafika Mohd Jul
(SMK Abdul Rahim, Kudat) dan Chan Khor Yee (Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam (A) Sandakan).

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Arifin Arif dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Turut mengiringi para pelajar ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Zainudin Aman, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Norlijah Danin dan Setiausaha Menteri Tugas-Tugas Khas Sapdin Ibrahim.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.