30 kaunter perkhidmatan dibuka sempena Program Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Kira-kira 30 buah kaunter perkhidmatan terdiri daripada pelbagai agensi Kerajaan akan dibuka sempena Program Keluarga Malaysia Teguh Bersama bertempat di Tambisan Lahad Datu.

Komander Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hamzah Ahmad

Komander Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hamzah Ahmad berkata, program yang diadakan selama dua hari bermula Jumaat ini akan diadakan di Kawasan Klinik Kesihatan Tambisan Lahad Datu.

Katanya, masyarakat di sekitar adalah dipelawa untuk hadir memeriahkan program berkenaan.

“Program ini akan disertai pelbagai agensi kerajaan bagi memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di sekitar kawasan tersebut.

“Dianggarkan 30 kaunter perkhidmatan bakal dibuka sepanjang program berlangsung selain beberapa acara seperti sukan bersama rakyat, pendaftaran Sahabat Kita Demi Negara (KDN) serta aktiviti yang dapat memberikan kefahaman kepada masyarakat berkenaan isu keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Hadir sama dalam kunjungan, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Dr Jamaluddin Mohd Ali dan Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz [email protected] Benetty Mohd Dzul.

Hamzah berkata, menerusi program itu juga, pihaknya turut menerapkan nilai-nilai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di samping menerangkan keadaan semasa khususnya di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

“Ini merupakan satu program yang baik untuk mendekatkan lagi agensi kerajaan bersama masyarakat khususnya di Tambisan,” katanya.

Hamzah turut menjelaskan pasukannya sentiasa dalam langkah bersedia menjalankan tugas sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.