Projek Dau Dau Terima Anugerah Khas di United Kingdom

Projek pendidikan yang dilaksanakan oleh sepasukan guru Bahasa Inggeris dari Kolej Vokasional Keningau telah dipilih sebagai penerima anugerah hakim bagi kesaksamaan, kepelbagaian dan inklusif (Judges’ commendation for equality, diversity & inclusion) di majlis anugerah inovasi Bahasa Inggeris paling berprestij di dunia iaitu ELTons Innovation Awards anjuran British Council di London pada 30 November 2022.