Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan terus mengutamakan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hal berkaitan kewangan yang menjadi isu besar di Sabah dan Sarawak.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memanfaatkan sepenuhnya dasar mesra pelabur Kerajaan Negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk memacu pertumbuhan ekonomi Sabah.
Pengusaha Father Organic Farm yang menjadi lokasi tragedi tanah runtuh yang telah meragut 16 nyawa setakat ini disahkan tidak mempunyai lesen untuk mengendalikan tapak perkhemahan.
Pemeteraian perjanjian persefahaman kerjasama bagi membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cukup istimewa untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan berjaya menyelamatkan empat pemancing yang terkandas di laut akibat bot terbalik di perairan Pulau Manukan, pagi semalam.
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di laluan B66 Batang Kali-Genting Hulu Selangor awal pagi tadi adalah melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan berjaya menahan sebuah bot pam yang melakukan aktiviti mengebom ikan dikedudukan lebih kurang 0.10 batu nautika selatan Pulau Gaya, di sini malam semalam.
Mayat seorang wanita ditemui dengan kesan kelar di bahagian lehernya dipercayai telah dibunuh dalam satu kejadian di hadapan bangunan lama, Blok 4, Kampung Titingan, di sini pada Khamis.
Seramai 202 ketua isi rumah (KIR) menerima sumbangan berbentuk hamper sempena majlis perasmian Dewan Terbuka Kampung Tinimungon, Limputong dan penyerahan sumbangan Hari Natal kepada gereja-gereja dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.34 Lumadan dekat sini, kelmarin.