HomeUtamaPM makan malam bersama kepimpinan negeri Sabah

PM makan malam bersama kepimpinan negeri Sabah

Read Time:55 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama barisan kepimpinan negeri Sabah di sebuah hotel di sini malam ini.

Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang tiba pada 8.16 malam, diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Julia Salag.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya serta Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah.

Pada majlis itu, tetamu dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu nostalgia antaranya Hati Lebur Jadi Debu serta Madu dan Racun selain lagu tempatan.

Terdahulu, Perdana Menteri menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama Hajiji dan masyarakat setempat di Masjid Negeri di Sembulan.

Anwar tiba petang tadi bagi menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah sempena lawatan dua hari ke negeri itu.

Esok, beliau dijadual menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu sebelum berlepas ke Filipina untuk lawatan rasmi dua hari ke republik itu. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya