Sabah sendiri sudah mempunyai pelaburan berkualiti China – Yong
Komuniti perniagaan Sabah tidak perlu terlalu bimbang bahawa tiada satu pun daripada 19 Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Beijing semalam sempena lawatan Perdana Menteri ke China melibatkan mana-mana syarikat Sabah atau pelaburan di Sabah, kata Pengerusi Kumpulan Kluster Industri Kelapa Sawit (POIC) Datuk Yong Teck Lee.