HomeSukanSabah FC sekadar mencatat keputusan seri

Sabah FC sekadar mencatat keputusan seri

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Seremban : Sabah FC sekadar mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Negeri Sembilan FC pada aksi perlawanan saingan Liga Super 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di sini malam ini.

Minit awal permainan, pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk melakukan beberapa percubaan awal bagi mendapatkan gol pertama.

Pemain import Negeri Sembilan Levy Madinda hampir menjaringkan gol pertama tuan rumah menerusi percubaan pada minit ke-7, bagaimanapun sepakannya tinggi melewati palang gol Sabah FC.

Ketua pasukan Sabah FC Baddrol Bakhtiar hampir menjaringkan gol pertama skuad Badak namun percubaannya terkena palang tuan rumah dan sejurus selepas itu sekali lagi Baddrol cuba melakukan percubaan namun berjaya ditepis keluar penjaga gol tuan rumah Sikh Izhan Nazrel pada minit ke-15.

Dua minit berselang, pemain tengah Sabah FC Park Taesu sekali lagi hampir meledak gol pertama Sabah namun sepakannya tersasar ke tepi gawang Negeri Sembilan pada minit ke-17.

Negeri Sembilan akhirnya berjaya memperoleh gol pertama menerusi sepakan percuma yang disudahkan oleh Tommy Mawat pada minit ke-21 menjadikan kedudukan berubah 1-0.

Tamat masa rehat, tuan rumah hampir menambah gol kedua menerusi percubaan Muhammad Shahrel Fikri pada minit ke-65 bagaimanapun percubaannya berjaya ditepis keluar penjaga gol Sabah FC Damien Lim.

Pemain import Sabah FC Park Taesu berjaya menyamakan kedudukan selepas menanduk masuk bola hantaran Jailton Paraiba pada minit ke-76 menjadikan kedudukan berubah 1-1.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan menjadikan kedua-dua pasukan hanya membawa pulang masing -masing satu mata.

Sabah FC kini berada ditangga kelima dengan mengutip 14 mata manakala Negeri Sembilan FC berada ditangga kesembilan mengutip sembilan mata. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC tampil dengan jersi ‘Tagap’ musim ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular