Kalyani Motors, India Selatan pilih Sabah sebagai destinasi beri insentif kepada pekerja
Sabah bangga kerana Pengedar Maruti Suzuki, Kalyani Motors dari India Selatan telah memilih Sabah sebagai destinasi untuk memberi insentif kepada pekerjanya atas prestasi baik mereka yang menyumbang kepada syarikat itu sebagai Pengedar Terbaik Maruti Suzuki, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.