Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mengalu-alukan penyambungan semula China Southern Airlines bagi laluan Kota Kinabalu-Guangzhou bermula 29 April.
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih belum menerima sebarang kes disebabkan cuaca panas yang berlaku di Sabah termasuk dua daerah yang dikategorikan berada pada tahap berjaga-jaga sebelum ini.
Kolej Vokasional Keningau telah menghantar seramai lapan guru dan 72 orang pelajar untuk program pertukaran dalam talian guru dan pelajar melibatkan institusi-institusi vokasional di Asia Tenggara menerusi organisasi SEAMEO TED yang berpangkalan di Kemboja.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya membantu melaksanakan operasi memusnahkan bom yang dikenali sebagai Unexploded Ordnance (UXO) di Pulau Mantanani, Kota Belud pada Isnin lalu.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew menasihatkan para pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu supaya lebih bersedia secara fizikal dan mental sebelum melakukan aktiviti pendakian mereka.
Pemakaian pelitup muka disyorkan untuk dilaksanakan semula di semua sekolah berikutan kebimbangan peningkatan jumlah kes COVID-19 termasuk penularan varian baharu dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus.
Orang awam khususnya di negeri ini dinasihatkan supaya menjauhi kawasan lapang terbuka bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku seperti petir ataupun kilat.