Kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan dan sumbangan yang diberikan oleh penjawat awam yang merupakan aset penting sebagai agen pengantara di antara rakyat dan kerajaan, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.
Rakyat diminta berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan cubaan pembangkang semata-mata menyalahkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan pentadbirannya atas kuasa dan masalah air yang sedang melanda beberapa bahagian di Sabah.
Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Sri Indah Tawau telah membuat tangkapan tiga suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan berkumpulan menggunakan senjata di sini pada Rabu.
Sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300 sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Taman Ridgeview Phase 12, Kepayan dikenalpasti sebagai kawasan hotspot wabak demam denggi yang dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu selepas direkodkan sebanyak tiga kali berulang wabak setakat bulan Mei tahun ini.
Lima unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) hari ini diserahkan kepada penerima terdiri dari golongan memerlukan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli di sini.
Warga Kementerian Kerajaan Tempatan and Perumahan (KKTP) serta semua agensi di bawahnya termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diharap dapat terus meningkatkan perkongsian dan kerjasama sesama mereka untuk manfaat bersama dan juga rakyat.
Penerapan budaya membaca dikalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan usia akan dapat memastikan kemapanan tabiat membaca dan penerusan budaya ilmu dalam kalangan generasi yang berikutnya.
Bekas Ketua Staf Pasukan Khas Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Deputi Komisioner Polis (DCP) Mohd Ali Tamby memulakan tugas sebagai Komander ESSCOM yang baharu bermula hari ini.