Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan tanpa pakaian ditemui ditinggalkan di bawah kolong rumah tidak bernombor Lorong Seroja, Kampung Sapat dekat sini awal pagi tadi. (13 Jun).
Dua lelaki cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu lori muatan kayu dan Bas Ekspres (Semporna-Kota Kinabalu) di Jalan Tamparuli – Ranau awal pagi tadi (13 Jun).
Polis akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai atau anggota yang tidak mencapai standard dalam melaksanakan siasatan berhubung mangsa dan keluarga mangsa ada membuat laporan polis mengenai ugutan tertuduh sehari sebelum berlakunya kejadian kes pembunuhan.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) digesa untuk sentiasa bekerjasama rapat dengan pengurusan sekolah bagi memantau aktiviti pelajar agar tidak terjebak dengan kegiatan yang tidak diingini.
Peniaga khususnya di kawasan luar bandar diingatkan agar tidak menjual minuman beralkohol termasuk bahan pelarut organik seperti metanol atau ‘spirit’ kepada golongan pelajar.