Seramai empat finalis dari Sabah terpilih menyertai pertandingan Miss World Malaysia 2023 bersama 10 peserta lain dari seluruh negara yang kali ini dianjurkan di negeri ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk menggunakan peruntukkan sedia ada bagi menampung kos penyertaan pasukan bola sepak yang mewakili Sabah ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).
Isu tular di media sosial mengenai pasukan Bolasepak Bawah 18 Tahun (B18) dan Bawah 15 Tahun (B15) yang menjuarai Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) baru-baru ini tidak dapat menyertai Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor atas sebab kekangan kewangan yang dihadapi pasukan.
Aplikasi khas berasaskan teknologi ‘remote sensing’ e-SMART kini boleh digunakan nelayan pesisir pantai di negeri ini yang berupaya membantu mengenalpasti potensi lokasi ikan di perairan Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa peruntukan RM320 juta untuk menangani masalah air di Sabah akan sampai pada bila-bila masa sahaja.
Kerajaan negeri melalui Kementerian Kewangan Sabah akan melaksanakan program khas pengakuan sukarela Cukai Jualan Negeri (CJN) selama empat bulan berakhir penghujung tahun ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik rancangan McDonald’s Malaysia mewujudkan Hab Pembekalan Makanan Bersepadu di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan membuka lebih banyak restorannya di Sabah.