HomeUtamaBanjir Sabah : 102 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Selagon

Banjir Sabah : 102 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Selagon

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Seramai 102 mangsa banjir di daerah Beaufort telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon setakat jam 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa yang terlibat adalah melibatkan 36 ketua isi rumah (KIR).

“Hujan lebat di beberapa daerah dalam zon pedalaman telah menyebabkan berlakunya kenaikan paras air di beberapa kawasan.

“Berikutan itu, satu PPS telah dibuka di Dewan Selagon Beaufort menempatkan seramai 102 mangsa melibatkan 15 lelaki dewasa; 32 perempuan dewasa; 35 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Trend semasa situasi banjir di Sabah pada masa ini adalah kekal dan difahamkan akan berlaku pertambahan jumlah mangsa berikutan hujan lebat masih berlaku.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam turut meninjau keadaan banjir di sepanjang jalan Gadong, Kampung Lago, Kampung Suasa dan transit sementara di dewan serbaguna Kampung Suasa.

Beliau berharap penduduk berhampiran tebing sungai sentiasa berwaspada dan berpindah segera sekiranya keadaan tidak selamat bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Dalam cuaca yang tidak menentu ini, saya bimbang bahawa paras air Sungai Padas masih berada di tahap bahaya , sekiranya hujan masih terus turun dalam tempoh beberapa hari ini risiko limpahan air sungai akan meningkat.

“Saya menyeru dan merayu kepada semua masyarakat agar sentiasa berwaspada bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir akan bertambah naik lagi,” katanya. FOTO APM

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular