Sesi Ziarah, Penyerahan Surat Tawaran Program SULUNG 2.0 kepada pelajar Universiti Malaysia Sarawak

Selaras dengan usaha mewujudkan jaminan akses pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG) bagi menyediakan peluang dan pembiayaan pendidikan kepada anak pertama daripada keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga yang melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi untuk menyambung pengajian mereka di universiti awam (UA).

Tourism Malaysia, Malaysia Aviation Group lancar risalah “Fly Borneo Specials Vol.1– The Adventure Begins Here!”

Tourism Malaysia, dengan kerjasama Malaysia Aviation Group (MAG) melancarkan risalah terbarunya “Fly Borneo Specials Vol.1 – The Adventure Begins Here!”, sebagai sebahagian daripada usaha Tourism Malaysia dalam mempromosikan pelancongan ‘Inter-State & Intra-State Travel” di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui rakan kongsi syarikat penerbangan Firefly dan MASwings.