Sabah FC berjaya mengubati kekalahan di tangan Hai Phong FC di Vietnam bulan lalu selepas membelasah pasukan itu 4-1 pada aksi perlawanan kedua Kumpulan H, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Likas, malam ini.
Semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah digesa untuk meningkatkan usaha ke arah menjadikan perniagaan mereka menguntungkan dan memberi dividen kepada kerajaan negeri.
Lapan barangan termasuk bawang merah besar import dan kacang dal Australia disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali negeri Sabah pada tahun ini.
Seramai 318 pelajar kurang berkemampuan dari beberapa buah sekolah menengah sekitar ibu negeri menerima bantuan di bawah Skim Bantuan Khas (SBK) Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) di sini hari ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bertemu dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, John Lee Ka-Chiu di pejabatnya di sini hari ini untuk membuka jalan hubungan perdagangan dua hala Kerajaan Negeri Sabah dan Hong Kong.
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) terus mempergiat koordinasi operasi bersepadu (OB) di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada selaras dengan hasrat ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memandang serius dalam insiden kemalangan membabitkan pelancong di Sabah kerana ia boleh menjejaskan imej pelancongan negara khususnya industri pelancongan di negeri itu sendiri.
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sabah berjaya meraih tempat bagi lima kategori daripada lapan kategori yang dipertandingkan pada Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2023.
Majlis Apresiasi HEM Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2022 / 2023 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah diadakan di Dewan Refflesia, Hotel Pan Borneo di sini hari ini.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengingatkan komuniti maritim khususnya di negeri ini untuk sentiasa peka dengan tahap keselamatan semasa melakukan sebarang aktiviti di laut.