Sebuah pusat peranginan mewah bertaraf lima bintang yang dianggarkan menelan belanja hingga RM1 bilion akan dibina di Melinsung, di sini dan seterusnya dapat membantu memangkin industri hospitaliti dan perkhidmatan di Sabah.
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ranau yang mula membuka pengambilan pertama pada 4 Mac tahun depan dicadang untuk dinamakan sebagai MRSM Kinabalu Ranau.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan empat anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM300,000 daripada ejen-ejen dan calon-calon yang mengambil lesen memandu.
Kerajaan Negeri akan terus berusaha membangunkan industri minyak dan gas di Sabah melalui kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan mencadangkan agar status zon industri di kawasan Batu Sapi di sini ditukar, dan ia dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong.
Mahasiswi Sarjana Sains Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Nur Afika Arman berjaya dinobatkan sebagai ‘Budjang Manis 2023’ sempena sambutan Regatta Lepa kali ke-28 yang berakhir semalam.