HomeUtamaKeputusan Rayuan Syed Saddiq : Mahkamah Tangguh Keputusan Kepada 13 Julai Susulan...

Keputusan Rayuan Syed Saddiq : Mahkamah Tangguh Keputusan Kepada 13 Julai Susulan Seorang Hakim Panel Tidak Sihat

Read Time:1 Minute, 2 Second

PUTRAJAYA,— Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan penyampaian keputusan rayuan jenayah membabitkan tiga rayuan yang difailkan terhadap Syed Saddiq selepas seorang daripada ahli panel hakim tidak dapat menghadiri prosiding kerana masalah kesihatan.

Prosiding yang berlangsung di Istana Kehakiman itu pada asalnya dijadualkan untuk menyampaikan keputusan bagi rayuan bernombor 05LB-102-06/2025(W), 05LB-103-06/2025(W) dan 05LB-104-06/2025(W).

Peguam Wan Shaharuddin Wan Ladin mengetuai pasukan peguam bagi pihak perayu bersama beberapa Timbalan Pendakwa Raya, manakala Syed Saddiq diwakili pasukan peguam yang diketuai Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Ketika prosiding, Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Seri Abu Bakar Jais memaklumkan beliau bersama Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah hadir di mahkamah, namun seorang lagi ahli panel, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, tidak dapat bersama kerana sedang bercuti sakit.

Beliau berkata mahkamah telah bersedia untuk menyampaikan keputusan, namun berpendapat adalah tidak wajar keputusan diumumkan tanpa kehadiran seorang ahli panel yang turut mendengar rayuan tersebut.

Menurut beliau, keputusan itu kini dijadualkan disampaikan pada 13 Julai 2026.

Abu Bakar turut menjelaskan mahkamah memilih untuk hadir dan memaklumkan sendiri penangguhan kepada semua pihak berbanding hanya menyampaikan notis melalui pendaftar pada saat akhir.

Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan menetapkan 13 Julai ini sebagai tarikh baharu untuk penyampaian keputusan rayuan berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Rayuan Akhir Syed Saddiq Didengari Pagi Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular