MAQIS Labuan tahan produk hasilan ikan dari Hong Kong
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) telah menahan produk hasilan ikan iaitu Dried Seafood ( Hokkaido Dried Scallops) dari Negara Hong Kong tanpa permit import yang sah yang cuba dibawa masuk ke negara ini melalui pintu masuk Lapangan Terbang Wilayah Persekutuan Labuan pada khamis lalu.