Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat menahan sebuah bot pukat tunda kerana membawa barang kawalan tanpa permit yang sah lewat petang semalam.
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu (23 Julai), mayatnya ditemui di dalam longkang oleh pekerja pembersihan di Jalan Kota Kinabalu – Papar berhadapan Kem Lok Kawi dekat sini pagi tadi (1 Ogos).
Persembahan drumline gabungan pasukan pertahanan negara berjaya mencuri tumpuan ribuan pengunjung yang hadir sempena sambutan Hari Pahlawan, di Padang Merdeka di sini semalam.
Program jelajah semarak kemerdekaan anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan sempena bulan Kebangsaan pada tahun ini akan menjelajah ke 12 buah sekolah sekitar daerah ini.
Kampung Kilimu Ranau adalah kampung contoh yang boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada pentadbiran dan pengurusan kampung terbaik oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), kata Pegawai Khas Kepada Menteri Kewangan Datuk Faimin Kamin.
Dua pasukan pelajar yang terdiri daripada empat pelajar tahun satu semester pertama Kolej Vokasional Keningau telah berjaya menduduki dua tangga teratas bagi pertandingan robotik kategori PikaBot peringkat Negeri Sabah baru-baru ini.
Sebanyak 66 beg darah berjaya dikutip menerusi penganjuran kempen derma darah yang dianjurkan pasar raya Servay Jaya 1Beaufort di sini dengan kerjasama Hospital Beaufort.
Kelab Pendidikan Awal kanak-kanak, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Program Kesedaran Hak Kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan (SK) Kindu, Tuaran, baru-baru ini.
Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Randagong, Ranau, Mohamad Alif Ikmal Danial Azawan dan Fateeha Nasleen Suhailin dari SK Luagan, Keningau muncul peserta terbaik Pertandingan Akhir Bintang Kecil Peringkat Zon Sabah 2023.