Music – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 08 Apr 2026 08:10:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Music – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gadis Sabahan Curi Perhatian Dengan Unboxing & Review Jujur Lagu “Mimpi Tanpa Arah” – Zaizam Lancar Challenge Khas https://sabahmedia.com/2026/04/08/gadis-sabahan-curi-perhatian-dengan-unboxing-review-jujur-lagu-mimpi-tanpa-arah-zaizam-lancar-challenge-khas/ https://sabahmedia.com/2026/04/08/gadis-sabahan-curi-perhatian-dengan-unboxing-review-jujur-lagu-mimpi-tanpa-arah-zaizam-lancar-challenge-khas/#respond Wed, 08 Apr 2026 08:10:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94515
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Seorang penyanyi indie tempatan, Zaizam, tampil menghargai sokongan luar jangka daripada sekumpulan gadis Sabahan yang telah menghasilkan video unboxing serta review jujur lagu terbarunya, “Mimpi Tanpa Arah.”

Video tersebut mendapat perhatian kerana reaksi spontan, tanpa skrip, dan penuh kejujuran mereka dalam menilai karya tersebut.

Menurut Zaizam, beliau sangat berterima kasih atas usaha dan sokongan yang ditunjukkan oleh gadis-gadis tersebut dalam membantu memperkenalkan lagunya kepada khalayak yang lebih luas.

“Saya sangat hargai usaha mereka. Review yang jujur tanpa filter seperti ini sangat bermakna bagi saya sebagai penerbit dan penyanyi indie,” katanya.

Sebagai tanda penghargaan serta untuk menggalakkan lebih ramai pendengar terlibat, Zaizam turut melancarkan satu challenge khas di TikTok menggunakan lagu “Mimpi Tanpa Arah.”

Cara untuk sertai challenge:
•Gunakan original sound “Mimpi Tanpa Arah”
•Follow akaun TikTok rasmi Zaizam di @zaizamofficiaciacia
•Hasilkan video kreatif menggunakan lagu tersebut
•Jangan lupa support dan follow gadis Sabahan serta konten unboxing & review mereka di @mr_mybae dan @ziemilara di tiktok

Video dengan jumlah like tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah daripada Zaizam sendiri.

pemenang dan tarikh tutup penyertaan akan di umum kan di laman tiktok rasmi zaizam
Challenge ini bukan sahaja membuka peluang kepada pembaca untuk menunjukkan kreativiti, malah menjadi platform untuk sama-sama menyokong komuniti content creator tempatan.

video penuh gadis sabahan :

mimpi tanpa arah

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/08/gadis-sabahan-curi-perhatian-dengan-unboxing-review-jujur-lagu-mimpi-tanpa-arah-zaizam-lancar-challenge-khas/feed/ 0 94515
Enam artis, dua negara di Festival Tentang Cinta gegar Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/08/12/enam-artis-dua-negara-di-festival-tentang-cinta-gegar-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/08/12/enam-artis-dua-negara-di-festival-tentang-cinta-gegar-kota-kinabalu/#respond Tue, 12 Aug 2025 13:10:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79116
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Gabungan enam artis popular dari dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia, mencipta malam penuh emosi di Sabah International Convention Centre (SICC) menerusi konsert berskala besar bertemakan “Festival Tentang Cinta” yang berlangsung pada Ahad lepas.

Persembahan Hael Husaini yang tidak mengecewakan.
Persembahan Ara Johari.

Konsert eksklusif yang dianjurkan oleh EV Smart Venture Sdn Bhd ini menyatukan suara-suara hebat dalam satu persembahan yang bukan sahaja menghibur, tetapi turut menyentuh hati, meraikan cinta dalam pelbagai bentuk cinta sesama insan, keluarga, dan kehidupan.

Persembahan penutup dari Andmesh .

Dengan pengacaraan oleh figura tersohor Didie Alias, malam dibuka dengan tayangan visual dan muzik pre-event sebelum tirai rasmi disingkap oleh penyanyi berbakat dari Sabah, Mary Grace. Persembahan pembukaannya memberikan mood yang tepat untuk sebuah malam yang mengangkat tema cinta dalam pelbagai bentuk dan makna.

Barisan artis tempatan menyerlah sepanjang malam. Ara Johari tampil bertenaga dengan lagu-lagu seperti Bunga dan Menjaga Jodoh Orang Lain, diikuti oleh Hael Husaini yang mempesona menerusi Jampi, Hajat, dan Diam.

Sementara itu, Adira Suhaimi, yang juga berasal dari Sabah, menghidupkan suasana dengan balada popular seperti Ku Ada Kamu, Ombak Rindu, dan Ilusi, yang menyentuh emosi ramai penonton.

Peminat memenuhi dewan SICC.

Dari seberang, dua penyanyi tersohor Indonesia hadir menghangatkan lagi pentas. Ziva Magnolya memukau dengan vokal mantap menerusi lagu seperti Cukup, Terlukis Indah, dan Peri Cintaku, manakala Andmesh Kamaleng, sebagai artis penutup, menyampaikan lagu-lagu kegemaran ramai termasuk Kumau Dia, Jangan Rubah Takdirku, Cinta Luar Biasa, Ini Rindu dan Anugerah Terindah, menutup malam dengan penuh perasaan dan sorakan.

Konsert turut diselitkan dengan beberapa segmen ucapan penghargaan kepada penaja, penganjur, dan peminat, serta permainan mini yang menghiburkan, dikendalikan oleh Didie Alias.

“Festival Tentang Cinta” bukan sekadar konsert, tetapi perayaan muzik yang menyatukan dua budaya serumpun, membawa mesej kasih sayang, harapan dan keterhubungan melalui lagu-lagu yang dekat di hati.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/12/enam-artis-dua-negara-di-festival-tentang-cinta-gegar-kota-kinabalu/feed/ 0 79116