Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan jelajah yang meliputi enam zon di Sabah dan dijangka akan dilancar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 23 Julai depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.