Utama – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Aug 2026 03:43:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Utama – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Fadillah Bakal Jalani Pembedahan Pintasan Jantung di IJN https://sabahmedia.com/2026/08/03/fadillah-bakal-jalani-pembedahan-pintasan-jantung-di-ijn/ https://sabahmedia.com/2026/08/03/fadillah-bakal-jalani-pembedahan-pintasan-jantung-di-ijn/#respond Mon, 03 Aug 2026 03:43:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100916
Read Time:38 Second

KUALA LUMPUR— Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat atas nasihat pasukan pakar perubatan.

Menurut kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), keadaan Fadillah kini dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, beliau dinasihatkan supaya berehat sepenuhnya dan tidak menerima pelawat bagi memastikan proses rawatan serta pemulihannya berjalan lancar.

Keluarga beliau memohon orang ramai mendoakan agar urusan pembedahan dan rawatan dipermudahkan, selain berharap Fadillah dikurniakan kesembuhan serta dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.

Keluarga turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas doa, sokongan serta keprihatinan yang diberikan.

Kenyataan mengenai keadaan kesihatan beliau itu dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri PETRA, Datuk Hajah Misiah Taib, pada Isnin.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/03/fadillah-bakal-jalani-pembedahan-pintasan-jantung-di-ijn/feed/ 0 100916
Esports pemangkin ekonomi digital, buka lebih banyak peluang kerjaya belia Sabah https://sabahmedia.com/2026/08/03/esports-pemangkin-ekonomi-digital-buka-lebih-banyak-peluang-kerjaya-belia-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/08/03/esports-pemangkin-ekonomi-digital-buka-lebih-banyak-peluang-kerjaya-belia-sabah/#respond Mon, 03 Aug 2026 02:26:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100911
Read Time:1 Minute, 34 Second

RANAU: Industri e-sukan (Esports) kini bukan lagi sekadar medium hiburan, sebaliknya berkembang sebagai sektor ekonomi digital yang menawarkan pelbagai peluang kerjaya kepada golongan muda.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata perkembangan pesat industri itu membuka peluang pekerjaan bukan sahaja sebagai pemain profesional, malah dalam bidang kejurulatihan, penganalisis permainan, pencipta kandungan, penstrim, pengulas pertandingan, pengurusan pasukan, pemasaran digital dan teknologi.

Beliau berkata, kerajaan mahu melihat lebih ramai anak muda Sabah menjadi pencipta peluang serta peneraju dalam ekonomi digital dengan membangunkan bakat melalui ilmu, disiplin dan pengalaman.

“Kerjasama erat antara kerajaan, komuniti Esports, sektor swasta dan penganjur kejohanan perlu terus diperkukuh bagi memperkasakan pembangunan industri ini serta menyediakan lebih banyak platform kepada bakat tempatan untuk berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Setiausaha Politiknya, Johari Suhaimin, ketika merasmikan Borneo Esport Tournament 2026 (BEST26) di Dewan Masyarakat Ranau, pada Sabtu.

Masidi berkata, kerajaan akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam menyokong pembangunan bakat dan mewujudkan ekosistem kondusif bagi memastikan industri e-sukan terus berkembang sebagai antara pemangkin ekonomi digital negeri.

“Anak muda Sabah, khususnya dari Ranau, mampu melakar kejayaan di peringkat lebih tinggi sekiranya diberi peluang mengembangkan bakat melalui penyertaan dalam pertandingan serta akses kepada jaringan industri Esports yang lebih luas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap BEST26 menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu, membina pengalaman dan memperkukuh komuniti e-sukan di Ranau serta Sabah sebelum merasmikan kejohanan itu secara rasmi.

Kejohanan BEST26 mempertandingkan tiga kategori permainan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan eFootball.

Seramai 381 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan itu membabitkan wakil dari sembilan daerah, iaitu Ranau, Kota Kinabalu, Labuan, Keningau, Tambunan, Semporna, Kota Belud, Kota Marudu dan Sandakan.

Turut hadir Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Ranau, Sazaki Mohd Zin; Pengarah Program Borneo Esport Tournament 2026, Mohd Adib Moin; serta Pegawai Kemajuan Masyarakat N.37 Karanaan, Syukri Saridih.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/03/esports-pemangkin-ekonomi-digital-buka-lebih-banyak-peluang-kerjaya-belia-sabah/feed/ 0 100911
PETRONAS perkukuh kerjasama industri, pengawal selia menerusi Forum Pengawalseliaan Labuan https://sabahmedia.com/2026/08/03/petronas-perkukuh-kerjasama-industri-pengawal-selia-menerusi-forum-pengawalseliaan-labuan/ https://sabahmedia.com/2026/08/03/petronas-perkukuh-kerjasama-industri-pengawal-selia-menerusi-forum-pengawalseliaan-labuan/#respond Mon, 03 Aug 2026 02:20:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100909
Read Time:1 Minute, 14 Second

LABUAN: PETRONAS menganjurkan Forum Pengawalseliaan Labuan bagi memperkukuh kerjasama antara pemain industri dan badan pengawal selia, sekali gus meningkatkan pematuhan terhadap keperluan kawal selia serta menyokong operasi minyak dan gas yang selamat dan boleh dipercayai di Labuan.

Forum yang diadakan baru-baru ini dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Labuan itu menghimpunkan lebih 100 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan syarikat berkaitan industri minyak dan gas.

Program berkenaan menampilkan sesi perkongsian mengenai keperluan terkini berkaitan kastam, imigresen, percukaian serta aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang melibatkan industri minyak dan gas.

Selain itu, forum tersebut turut menjadi platform kepada pihak pengawal selia dan pemain industri untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan kawal selia, isu operasi semasa serta amalan terbaik dalam industri.

Pengurus Besar Pejabat PETRONAS Wilayah Sabah dan Labuan, Datuk Siti Ayu Abdul Wahab, berkata kerjasama erat antara pihak pengawal selia dan industri amat penting bagi memastikan kelancaran operasi dalam persekitaran yang semakin mencabar.

“Forum Pengawalseliaan Labuan membolehkan kita berinteraksi secara terbuka, berkongsi pandangan serta memperkukuh kefahaman bersama untuk menyokong operasi yang selamat dan bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan media.

Forum itu dihadiri wakil agensi kerajaan, entiti PETRONAS, kontraktor petroleum, penyedia perkhidmatan logistik serta syarikat-syarikat perkhidmatan yang terlibat dalam ekosistem industri minyak dan gas.

Penganjuran forum berkenaan mencerminkan komitmen berterusan PETRONAS dalam memperkukuh kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan, di samping memastikan pematuhan terhadap keperluan kawal selia bagi menyokong pembangunan industri minyak dan gas yang mampan di Labuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/03/petronas-perkukuh-kerjasama-industri-pengawal-selia-menerusi-forum-pengawalseliaan-labuan/feed/ 0 100909
Laluan ‘contra-flow’ di Jalan Tun Fuad Stephen bermula esok https://sabahmedia.com/2026/08/02/laluan-contra-flow-di-jalan-tun-fuad-stephen-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2026/08/02/laluan-contra-flow-di-jalan-tun-fuad-stephen-bermula-esok/#respond Sun, 02 Aug 2026 09:01:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100904
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan melaksanakan laluan ‘contra-flow’ di kawasan penutupan jambatan di KM2.850 Jalan Tun Fuad Stephen bermula jam 5 pagi esok bagi memastikan kelancaran aliran trafik sementara kerja pemasangan jambatan sementara dijalankan.

Pelaksanaan laluan itu membabitkan pergerakan kenderaan di kedua-dua arah, iaitu dari Bandaraya Kota Kinabalu menuju Teluk Likas serta laluan bertentangan.

Menurut kenyataan JKR Sabah, sistem laluan sementara itu akan terus dilaksanakan sehingga kerja pemasangan jambatan sementara di lokasi berkenaan selesai.

Bagaimanapun, kenderaan berat melebihi lima tan yang mempunyai saiz lebar dan panjang tidak dibenarkan menggunakan laluan ‘contra-flow’ tersebut.

Sebaliknya, pemandu kenderaan berat terbabit diminta menggunakan laluan alternatif yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda amaran dan arahan lalu lintas yang dipasang di kawasan berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan laluan sementara itu.

Pengguna jalan raya juga disaran merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesulitan dan mengelakkan kelewatan ketika melalui kawasan penutupan jambatan berkenaan.

Pelaksanaan laluan ‘contra-flow’ itu adalah sebahagian daripada langkah pengurusan trafik susulan penutupan segera jambatan di KM2.850 Jalan Tun Fuad Stephen bagi membolehkan kerja-kerja berkaitan dijalankan dengan selamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/02/laluan-contra-flow-di-jalan-tun-fuad-stephen-bermula-esok/feed/ 0 100904
Kereta terjunam ke sungai ketika mengundur, tiga mangsa selamat https://sabahmedia.com/2026/08/02/kereta-terjunam-ke-sungai-ketika-mengundur-tiga-mangsa-selamat/ https://sabahmedia.com/2026/08/02/kereta-terjunam-ke-sungai-ketika-mengundur-tiga-mangsa-selamat/#respond Sun, 02 Aug 2026 00:21:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100899
Read Time:57 Second

BEAUFORT: Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di belakang Maybank di daerah ini, malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.42 malam itu, sebuah Perodua Bezza dilaporkan terjunam ke dalam sungai ketika pemandu sedang mengundur kenderaan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 8.48 malam, kira-kira dua kilometer dari balai.

“Ketika tiba, semua mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 28 tahun, seorang wanita berusia 39 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun. Ketiga-tiga mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Pasukan bomba kemudian memastikan keadaan mangsa berada dalam keadaan baik sebelum menyerahkan mereka kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Setelah memastikan keadaan lokasi selamat operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.45 malam.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/02/kereta-terjunam-ke-sungai-ketika-mengundur-tiga-mangsa-selamat/feed/ 0 100899
FKAT tarik kehadiran peserta dari luar negara https://sabahmedia.com/2026/08/02/fkat-tarik-kehadiran-peserta-dari-luar-negara/ https://sabahmedia.com/2026/08/02/fkat-tarik-kehadiran-peserta-dari-luar-negara/#respond Sat, 01 Aug 2026 20:25:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100895
Read Time:1 Minute, 46 Second

TAWAU: Kehadiran peserta daripada beberapa negara luar selain dari dalam negara untuk menyertai Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) mengukuhkan lagi peranan Tawau sebagai sebuah bandar sempadan yang kaya dengan jaringan diplomasi budaya dan kerjasama serantau.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ini sekali gus membuktikan FKAT ada kelasnya yang tersendiri sehingga berjaya menarik perhatian meluas di peringkat nasional mahu pun antarabangsa.

“Keunikan budaya yang kita miliki inilah kekuatan kita dan festival ini bukan sahaja memperlihatkan keunikan citra masyarakat kita, tetapi juga menjadi simbol perpaduan kukuh rakyat berbilang etnik di negeri ini.

“Keunikan inilah yang menjadi tarikan peserta dari negara luar antaranya Kazakhstan,Uzbekistan, Kemboja dan Indonesia untuk menyertai festival ini. Sudah pasti ini akan memperkukuh peranan daerah Tawau sebagai salah satu destinasi pelanconganbudaya yang dinamik, makmur, serta sentiasa mendapat tempat di hati para pelawat dari seluruh negara mahu pun pelancong antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau Kali Ke-11 Tahun 2026, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata FKAT mampu menjadi platform besar untuk mengetengahkan khazanah budaya rakyat berbilang kaum di negeri ini.

“Budaya bukan sekadar khazanah sejarah, tetapi juga aset yang perlu dipertahankan untuk generasi akan datang. Saya yakin festival ini mampu membawa impak besar ke atas sektor pelancongan dan ekonomi tempatan di Tawau.

“Kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa sempena festival ini bukan setakat untuk mengenali khazanah budaya kita tetapi turut memberi limpahan rezeki kepada semua yang terlibat secara tidak langsung.

“Ini termasuk usahawan, pengusaha inap desa atau homestay, penggiat seni dan peniaga kecil sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi komuniti setempat,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan negeri akan mempergiatkan inisiatif, program dan acara berimpak tinggi bagi menarik lebih ramai pelancong ke Sabah seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan seterusnya Tahun Melawat Sabah 2027.

“Kita akan menganjurkan lebih banyak promosi termasuklah pelancongan berasaskan komuniti serta pengukuhan kempen pemasaran digital bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa. Festival kebudayaan seperti ini adalah salah satu platform untuk membantu usaha ini.

“Kerajaan juga akan terus menyokong dan membantu pertubuhan etnik dalam usaha menjaga hal ehwal adat istiadat, seni dan budaya masing-masing, di negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/02/fkat-tarik-kehadiran-peserta-dari-luar-negara/feed/ 0 100895
PM Ucap Tahniah Kepada BN di Negeri Sembilan https://sabahmedia.com/2026/08/01/pm-ucap-tahniah-kepada-bn-di-negeri-sembilan/ https://sabahmedia.com/2026/08/01/pm-ucap-tahniah-kepada-bn-di-negeri-sembilan/#respond Sat, 01 Aug 2026 14:42:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100889
Read Time:53 Second

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan oleh rakyat Negeri Sembilan dalam pilihan raya negeri baru-baru ini.

​Anwar yang juga Perdana Menteri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab dan bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam proses demokrasi berkenaan.

​Pada masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Negeri Sembilan atas kepercayaan yang telah diberikan kepada PH serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun yang memimpin negeri itu sebagai Menteri Besar selama lapan tahun.

​”Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, PH telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat.

​”Semoga legasi ini terus diperkukuh demi kemajuan Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

​Mengulas lanjut, Anwar memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan sokongan padu dan kerjasama erat kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu.

​Langkah itu tegas beliau, amat penting bagi memastikan agenda pembangunan, kesejahteraan serta kemakmuran rakyat di negeri berkenaan dapat terus diperkasakan secara berterusan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/01/pm-ucap-tahniah-kepada-bn-di-negeri-sembilan/feed/ 0 100889
Daripada gerai tepi jalan ke restoran, Nasi Lemak Tengah Malam bukti usaha gigih usahawan muda https://sabahmedia.com/2026/08/01/daripada-gerai-tepi-jalan-ke-restoran-nasi-lemak-tengah-malam-bukti-usaha-gigih-usahawan-muda/ https://sabahmedia.com/2026/08/01/daripada-gerai-tepi-jalan-ke-restoran-nasi-lemak-tengah-malam-bukti-usaha-gigih-usahawan-muda/#respond Sat, 01 Aug 2026 10:32:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100886
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Hanya dalam tempoh satu tahun tujuh bulan, sebuah perniagaan nasi lemak yang bermula di atas sebuah trak, kini berkembang menjadi sebuah restoran, sekali gus mencerminkan perjalanan penuh cabaran dan ketabahan buat pengasas ‘Nasi Lemak Tengah Malam’.

Pengasasnya, Juan,33, berkata, perniagaan itu bermula pada Mac tahun lalu dengan mengetengahkan konsep ‘street food’ yang popular di Semenanjung, iaitu pelanggan membeli makanan untuk dibawa pulang tanpa kemudahan makan di premis.

Katanya, selepas enam bulan beroperasi di tempat letak kereta di Kepayan, mereka terpaksa berpindah ke Tugu Peringatan Petagas susulan beberapa isu yang timbul dengan pihak berkaitan.

“Walaupun berpindah, kami tidak pernah menghentikan operasi. Selepas di Kepayan, keesokan harinya kami terus berniaga di Petagas. Kami tidak mahu pelanggan tertanya-tanya ke mana kami menghilang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena pembukaan restoran pertama Nasi Lemak Tengah Malam di sini pada Jumaat.

Menurut Juan, pembukaan restoran pada 1 Ogos menjadi detik penting dalam perkembangan syarikat kerana ia melengkapkan tiga fasa perjalanan perniagaan mereka, iaitu bermula sebagai ‘street food’, berkembang kepada gerai tetap dan akhirnya memiliki restoran sendiri.

Beliau berkata, memiliki restoran memberikan pengalaman yang berbeza kerana kos operasi jauh lebih tinggi berbanding berniaga di gerai.

“Di gerai, kos lebih rendah kerana kami tidak perlu menanggung sewa premis dan utiliti yang besar. Apabila membuka restoran, semua itu perlu diambil kira menyebabkan harga makanan meningkat sekitar 10 hingga 15 peratus,” katanya.

Restoran berkenaan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 1 pagi setiap hari, manakala gerai di Tugu Peringatan Petagas masih diteruskan dari jam 6 petang hingga 1 pagi.

Juan berkata, pihaknya juga sedang menilai sambutan pelanggan sebelum membuat keputusan sama ada premis itu akan beroperasi selama 24 jam pada masa hadapan.

Mengulas cabaran sepanjang mengusahakan perniagaan, beliau mengakui industri makanan dan minuman (F&B) menuntut kesabaran, komitmen dan pengorbanan yang tinggi.

Katanya, ketika masih berniaga secara terbuka di Petagas, cuaca sering menjadi cabaran utama apabila hujan lebat dan angin kencang menyebabkan khemah diterbangkan, selain berlaku beberapa insiden yang mengakibatkan anggota pasukan cedera.

“Berniaga di kawasan terbuka memang menguji mental dan fizikal. Ada masa kami terpaksa berdepan cuaca yang tidak menentu, namun semua itu menjadi pengalaman berharga yang mematangkan kami,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan membuka restoran bukanlah penamat, sebaliknya permulaan kepada fasa baharu bagi mengukuhkan jenama Nasi Lemak Tengah Malam.

Menurutnya, fokus utama kini adalah memastikan kualiti makanan dan perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik dengan mendapatkan maklum balas pelanggan secara berterusan.

Juan turut mengakui kejayaan perniagaan itu banyak dibantu oleh isterinya serta para pekerja mereka.

“Kami mahu membina jenama ini secara berperingkat. Apa yang kami capai hari ini adalah hasil kerja keras seluruh pasukan serta sokongan pelanggan yang sentiasa bersama kami sejak dari gerai lagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/01/daripada-gerai-tepi-jalan-ke-restoran-nasi-lemak-tengah-malam-bukti-usaha-gigih-usahawan-muda/feed/ 0 100886
Sabah dapat 40 peratus menerusi projek fasiliti gas terapung – Hajiji https://sabahmedia.com/2026/08/01/sabah-dapat-40-peratus-menerusi-projek-fasiliti-gas-terapung-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/08/01/sabah-dapat-40-peratus-menerusi-projek-fasiliti-gas-terapung-hajiji/#respond Sat, 01 Aug 2026 09:13:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100882
Read Time:3 Minute, 4 Second

KALABAKAN: Kerajaan Sabah dijangka mendapat 40 peratus bahagian menerusi projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di Sabah yang bakal ditandatangani dengan PETRONAS tidak lama lagi.

Perkembangan baharu itu dikongsikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang menyifatkannya sebagai antara kejayaan penting hasil kerjasama baik kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Beliau berkata, ia juga adalah hasil perjanjian kerjasama yang ditandatangani dengan PETRONAS sebelum ini yang membolehkan kerajaan negeri terbabit secara aktif dalam industri minyak dan gas di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri juga bakal mendapat 20 peratus bahagian menerusi projek yang dilaksanakan PETRONAS di lapangan minyak dan gas yang baru ditemui di perairan Sandakan.

“Kita berjaya mengadakan perjanjian dengan PETRONAS dan tidak berapa lama lagi, mungkin dalam beberapa bulan ini, kita akan menandatangani perjanjian dengan PETRONAS di mana kita akan mendapat 40 peratus daripada floating gas di Sabah ini.

“Di Sandakan, PETRONAS sudah mendapat satu lapangan minyak dan gas, di sini kita akan dibagi 20 peratus,” katanya ketika merasmikan Program Jelajah Rakyat dan Jualan Rahmah MADANI Parlimen Kalabakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan, di sini, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bergambar bersama wakil dari lima kampung yang menerima Pewartaan Geran Perkampungan pada Program Jelajah Rakyat dan Jualan Rahmah MADANI Parlimen Kalabakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mendengar Taklimat Pembangunan Kalabakan yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kalabakan, Murad Abdul Rashid di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kalabakan.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Pembangunan Belia,Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal, Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Negeri, Datuk Jonnybone J. Kurum dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Hajiji berkata, banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh rakyat dan negeri ini dengan adanya hubungan yang baik di antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Katanya, Sabah juga semakin mendapat perhatian pelabur hasil pendekatan mesra pelabur yang dijadikan polisi kerajaan pimpinannya dan ia diakui sendiri oleh diplomat asing yang datang ke negeri ini untuk melihat potensi pelaburan yang ada.

“Hampir 40 diplomat asing atau pesuruhjaya tinggi datang berjumpa saya dalam tempoh lima tahun ini, mereka tertarik dengan dasar kita yang mesra pelabur. Mereka kata ini akan melonjakkan Sabah ke arah yang lebih baik dan memang inilah yang kita lakukan untuk Sabah,” katanya.

Beliau berkata, kawasan industri sedia ada, khususnya Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) sudah semakin penuh berikutan sokongan pelabur yang semakin baik.

Katanya, atas sebab itu kerajaan negeri berusaha mengembangkan kawasan perindustrian baharu termasuk POIC di pantai timur dan taman industri berasaskan ekonomi biru.

Sementara itu, mengenai pembangunan Kalabakan, Ketua Menteri berkata kerajaan negeri komited membawa Daerah Kalabakan ke arah pembangunan pesat dan seimbang selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), dengan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

Antara yang diberi tumpuan, katanya ialah cadangan pembinaan Bandar Baharu Kalabakan yang melibatkan kawasan seluas kira-kira 1,000 ekar, yang bakal menjadi pusat pertumbuhan daerah menerusi pelbagai pembangunan yang dirancang apabila ia dilaksanakan.

“Apabila ini dilaksanakan, ia akan menjadi pusat pertumbuhan daerah Kalabakan dengan pelbagai pembangunan yang dirancang,” katanya.

Selain bandar baharu, Hajiji berkata kerajaan juga berusaha menambah baik kemudahan infrastruktur Kalabakan, termasuk jalan raya dan pembinaan pusat kuarantin, imigresen dan kastam (CIQ) yang bakal menjadi pintu masuk ke Sabah dari Kalimantan Utara, Indonesia.

Beliau berkata, kehadirannya ke Kalabakan hari ini juga bagi meninjau sendiri perkembangan di daerah itu bagi memastikan rakyatnya tidak ketinggalan dari segi pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/01/sabah-dapat-40-peratus-menerusi-projek-fasiliti-gas-terapung-hajiji/feed/ 0 100882
Guru Wanita Ditemui Maut Dalam Bilik Guru https://sabahmedia.com/2026/08/01/guru-wanita-ditemui-maut-dalam-bilik-guru/ https://sabahmedia.com/2026/08/01/guru-wanita-ditemui-maut-dalam-bilik-guru/#respond Sat, 01 Aug 2026 07:11:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100876
Read Time:1 Minute, 0 Second

HULU SELANGOR: Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia di dalam bilik guru sebuah sekolah di daerah ini dalam kejadian yang disedari pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Manimaran Muniandi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.15 pagi sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi.

Menurut beliau, sebaik tiba di sekolah berkenaan, mangsa didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, pemeriksaan pihak hospital mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut PDRM, pada jam lebih kurang 8.20 pagi pihak polis telah menghala ke tempat kejadian dan hasil siasatan awak di tempat kejadian dapati mangsa telah menggantung diri dengan menggunakan tali di bilik guru di bilik guru tingkat satu sekolah tersebut.

Beliau berkata, polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-6064 1222.

Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat, Halim Khan Hazam Khan menerusi talian 03-6048 1222 bagi membantu melengkapkan siasatan kes.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/01/guru-wanita-ditemui-maut-dalam-bilik-guru/feed/ 0 100876