Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melantik seramai 21 orang pegawai pemantau pematuhan halal bagi membantu MUIS dalam melaksanakan pemantauan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di negeri Sabah.
Pembinaan blok baharu Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) yang melibatkan penambahan 458 katil dijangka akan dapat mengatasi masalah kesesakan pesakit di hospital berkenaan.
Kempen Bulan Hari Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang adalah masa terbaik untuk menghayati patriotisme dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Orang ramai diingatkan untuk terus menjaga kebersihan kawasan perumahan khususnya dalam dan sekitar rumah bagi memastikan tiada risiko pembiakan nyamuk aedes.
Sabah mencatatkan seramai 988,680 ketibaan pelancong dari dalam dan
luar negara bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini sehingga Mei, meningkat kira-kira 77.1 peratus berbanding 558,169 pelawat bagi tempoh yang sama, pada tahun lalu.
Pembayaran secara dalam talian bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan diumumkan selepas pelaksanaan Bukit Konsep (POC) mengenainya selesai, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Golongan belia di negara ini diseru untuk turut bersama membina momentum yang tinggi dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) serta pengkomersialan bagi menzahirkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan Eksesais Angsa Siri 14/23 bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Eksesais Paradise Siri 10/23 bermula pada 28 Julai sehingga 16 Ogos depan.
Sabah akan menjadi tuan rumah acara berprestij Miss Tourism International (MTI) 2023 World Final Ke-26 dengan penyertaan lebih 45 buah negara di seluruh dunia pada November 2023 akan datang ini.