Beliau yang mewakili Perikatan Nasional itu menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Benedict Aswat (9,709 undi), calon Pakatan Harapan daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Felix Joseph Saang (4,460 undi).
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merampas kerusi Parlimen Tawau daripada Pakatan Harapan (PH) apabila calon GRS, Lo Su Fui menewaskan penyadang kerusi itu yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Christina Liew Chi Jin dengan majoriti undi 3,800.
Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) P.172 Kota Kinabalu, Yee Tsai Yiew akan terus menumpukan perhatian untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Menurutnya, beliau menghormati dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 dengan baik.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lahad Datu Maizatul Akan Alawi menjadi antara calon terawal yang membuang undi di Pusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan Pekan Tiga di sini pagi tadi.
Calon Barisan Nasional Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 16 Gum-Gum disini, kira-kira 10.30 pagi Sabtu.
KOTA KINABALU — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi setakat 1 petang sudah mencecah 50%. Ini bermakna lebih 10.6 juta pengundi telah membuang...
Keterujaan pengundi muda yang kali pertama menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan terserlah selepas ‘mencelup jari’ masing-masing di pusat mengundi yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).