KOTA KINABALU: Seperti yang dijangkakan kes harian terus meningkat hari ini kepada 1,514 kes yang tertinggi setakat ini melibatkan sebanyak 13 kes kematian dilaporkan iaitu tujuh kes di Kota Kinabalu manakala Papar, Kudat, Tuaran, Penampang, Tawau dan Beluran masing-masing mencatatkan satu kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penambahan 131 kes baharu berbanding 1,383 kes semalam (10 Ogos 2021) banyak dipengaruhi oleh kenaikan mendadak di daerah Penampang daripada 80 kes kepada 228 kes hari ini hampir tiga kali ganda berbanding semalam.
Katanya, 60.5% kes di Penampang adalah Kontak Rapat dan 33.3% adalah melalui Saringan Bergejala. Keningau menambah 61 kes baharu hari ini, Papar menambah 53 kes dan Beluran menambah 46 kes berbanding jumlah semalam.
Manakala, kes baharu di Kota Kinabalu pula turun sebanyak 63 kes hari ini tetapi masih mencatatkan kes yang tertinggi di Sabah dengan 263 kes. 60.5% kes di Kota Kinabalu disumbang oleh Kontak Rapat dan 26.3% melalui Saringan Bergejala.
“Secara keseluruhan 925 kes atau 61.10% kes hari ini melibatkan Kontak Rapat 331 kes atau 21.86% adalah melalui Saringan Bergejala dan 118 kes atau 7.79% daripada kluster-kluster yang sedia ada.
“Bagaimanapun, sejumlah 1,105 kes daripada 1,514 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu 323 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak 782 kes sekadar mengalami simptom ringan (mild). Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC.
“Sementara 13 kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 dan tiga dalam Kategori 5. Pesakit dalam Kategori 4 dan Kategori 5 ini memerlukan rawatan rapi (ICU), manakala 390 kes masih dalam siasatan lanjut untuk menentukan pengkategorian,” kata Masidi yang juga Jurucakap COVID-19 Negeri.
Dalam pada itu, satu kluster baharu turut direkodkan hari ini iaitu Kluster Batu 27 Sook , Keningau melibatkan para pekerja di sebuah kilang pemprosesan papan di Mukim Sook, Daerah Keningau.
Kes indeks merupakan wanita, bukan warganegara, 23, disahkan positif Covid-19 hasil saringan tempat kerja dengan keputusan RTK-Ag positif di sebuah klinik swasta pada 09 Ogos 2021.
Penularan jangkitan dipercayai berpunca daripada pergaulan rapat antara penghuni rumah sewa yang padat.
]]>KOTA KINABALU: Tujuh kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah bermula Selasa ini 13 Julai hingga 26 Julai 2021 melibatkan dua lokaliti di Beaufort iaitu Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Klias, Kampung Tebongon, Putatan, tiga lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Jalan Pasir, Likas, Kampung Kuala Menggatal dan Kuarters Tangki Air Biru, Telipok dan Borneo Timber, Tongod.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, PKPD dilaksanakan di dua lokaliti Daerah Beaufort berikutan dengan peningkatan 70 kes positif COVID-19 direkodkan berpunca daripada 10 kes daripada Saringan Kluster Lumadan, 51 kes daripada Saringan Kontak Rapat dan Sembilan kes daripada Saringan Bergejala.
Sementara satu kluster direkodkan hari ini iatiu, Kluster Kayu Patikang, Keningau merupakan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu di sebuah kilang pemprosesan kayu balak di daerah Keningau, melibatkan Mukim Patikang dan Lingkudau.
“Kes indeks adalah kanak-kanak perempuan, 4, bukan warganegara yang dikesan melalui saringan bergejala di Hospital Keningau dengan keputusan RTK-Ag positif.
“Saringan kontak di lapangan mendapati 16 lagi kes dengan keputusan RTK-Antigen positif pada 10 Julai 2021,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.
“Pada tarikh sama, dua lagi kes positif RTK-Antigen dilaporkan oleh Pusat Kuarantin Sementara, IPG Keningau melalui saringan seumpama.
“Setakat hari ini, daripada 88 kontak yang disaring, terdapat 19 kes positif termasuk 18 kes baharu,”katanya.
]]>KOTA KINABALU: 10 lokasi ditamatkan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) esok 30 Jun.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata,10 lokasi tersebut adalah dua lokaliti di penampang iaitu Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartmen, PPR Taman Ehsan, Kudat, dua lokaliti di Kalabakan iaitu Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai, dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah, dua lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil serta Kampung Taun Gusi Peninting, Kota Belud.
“Penamatan PKPD di lokasi-lokasi tersebut adalah dengan persetujuan semua agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendapati penurunan kes dan jangkitan di lokasi berkenaan,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Negeri.
Sementara satu lokasi dikenakan PKPD iaitu Kampung Balung Cocos, Tawau, berkuat kuasa 1 Julai sehingga 14 Julai 2021.
“KKM telah merekodkan sembilan kes di Kampung Balung Cocos, Tawau setelah 27 orang penduduk menjalani ujian saringan dengan kadar positiviti 33.33%,”katanya.
]]>KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua kawasan iaitu Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud dan Kampung Kukut, Beaufort.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di dua lokaliti tersebut.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud Kampung Kukut, Beaufort berkuat kuasa 25 Jun sehingga 08 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,”kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Negeri.
Sementara itu, satu pelanjutan PKPD di Kampung Likas, Kota Kinabalu yang dijadualkan ditamatkan pada 23 Jun 2021 tetapi KKM mendapati penularan masih berlaku dalam komuniti serta terdapat kes baharu direkodkan di lokaliti tersebut.
Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Likas, Kota Kinabalu bermula 24 Jun sehingga 07 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
“Empat kawasan PKPD ditamatkan iaitu Kampung Batu Layar, Pulau Banggi, Kudat, Taman Wawasan, Beaufort ditamatkan PKPD pada 23 Jun 2021 (11.59 malam) seperti yang dijadualkan, manakala Perumahan Kilang, Ladang Ong Yah Ho, Kinabatangan dan Lorong
Pasir Putih, Taman Pasir Putih Fasa 1, Putatan ditamatkan pada 24 Jun 2021 (11.59 malam) seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
“KKM juga mendapati trend kes menurun dan kluster adalah terkawal di empat kawasan PKPD tersebut manakala semua kes positif telah menerima rawatan,”katanya.
]]>KOTA KINABALU: Dua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan esok 17 Jun 2021 iaitu Mukim Pekan, Kunak dan Sekolah Menengah Ugama Pantai Manis, Papar.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan medianya hari ini, Penamatan dua kawasan PKPD tersebut adalah berdasarkan penurunan kes jangkitan Covid-19 di kawasan itu.
Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah berkata, kerajaan akan melaksanakan lima lagi PKPD termasuklah Kampung Bukit Gemuk, Tawau, Perumahan Etara, Jalan Agaseh, Lahad Datu, Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau, manakala dua lokaliti di Kudat iaitu Kampung Landung Ayang dan Taman Lavender.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan ke semua kawasan tersebut terdapat peningkatan kes positif Covid-19, kini KKM sedang giat menjalankan siasatan dan pemantauan supaya kes jangkitan tidak menular,” katanya.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan tersebut berkuatkuasa 18 Jun 2021 sehingga 1 Julai 2021.
Dalam hal yang berkaitan terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Kionsom Kecil, Kota Kinabalu melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti yang berkemungkinan berpunca daripada sambutan Hari Kaamatan pada 31 Mei 2021.
Kata Masidi, kluster ini mula dikesan melalui saringan bergejala di JMC Kota Kinabalu pada 09 Jun 2021.
Kes indeks merupakan pekerja lelaki, 31, di Jijiko Engineering Sdn Bhd Inanam dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut dan isolasi, selepas disahkan positif RT-PCR.
]]>KOTA KINABALU: Kerajaan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti Kota Belud esok 16 Jun 2021 iaitu Taman Nikmat, Kampung Pirasan dan Kampung Dundau.
Manakala satu pelanjutan PKPD di Kampung Simpang Tuaran yang sepatutnya tamat pada 16 Jun tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih berlaku penularan di kawasan tersebut dan melanjutkan pelaksanaan PKPD dari 17 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun selaku Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah berkata dalam kenyataan medianya hari ini 15 Jun, kerajaan melaksanakan lapan lagi kawasan PKPD iaitu dua lokaliti di Kalabakan termasuk Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai, dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah, Dua lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil, Kampung Taun Gusi Peningting, Kota Belud dan PPR Taman Ehsan, Kudat.
Katanya, KKM juga mendapati kes telah mula menular dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti-lokaliti tersebut.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di semua kawasan lokaliti terbabit berkuatkuasa 17 Jun sehingga 30 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,”ujar Masidi.
]]>13 Jun 2021
KOTA KINABALU: Tiga kluster baharu direkodkan hari ini, iaitu Kluster EIOZ Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu, Kluster Kg. Kebayu, Kota Belud, Keningau dan Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan medianya hari ini, daripada tiga kluster tersebut, dua Kluster EIOZ Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu berpunca dari tempat kerja manakala Kluster Kg. Kebayu, Kota Belud, berpunca daripada upacara pengebumian.
Masidi yang juga Jururcakap Rasmi Covid-19 Negeri menjelaskan, Kluster Eioz Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang merupakan penularan jangkitan di tempat kerja melibatkan kakitangan Servay Express Warehouse di KKIP Selatan Kota Kinabalu.
Kebanyakan kes positif terdiri daripada
pekerja dari daerah Kota Kinabalu,
Penampang dan Tuaran, malah telah merebak kepada generasi kedua iaitu ahli keluarga kepada kakitangan di gudang terbabit.
Kes indeks adalah pekerja am, lelaki, 23, tinggal di Taman Sri Rugading Tuaran disahkan positif COVID-19 pada 03 Jun 2021, setelah mengalami gejala sejak 31 Mei 2021 di Hospital Tuaran.
Dalam pada itu, Kluster Kg Kebayau, Kota Belud, Keningau berkaitan rapat dengan majlis pengebumian di Kg Kebayau pada 26 Mei 2021.
Kes indeks merupakan tukang bina rumah, lelaki, 26, bergejala demam, batuk, sakit tekak serta hilang deria bau dan rasa sejak 30 Mei 2021, sebelum disahkan positif COVID-19 pada
03 Jun 2021.
Manakala Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu membabitkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu sebuah syarikat kejuruteraan elektrik.
Kes indeks adalah warganegara, wanita, 64, yang dikesan positif COVID-19 pada 09 Jun 2021 hasil saringan bergejala di Klinik Kesihatan Lahad Datu.
“Oleh yang demikian, aktiviti pengesanan kontak dan siasatan punca jangkitan ketiga-tiga kluster sedang giat dijalankan,” tambah Masidi.
]]>11 Jun 2021
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Tawau yang dijadualkan tamat esok 12 Jun 2021 iaitu di lokaliti, Kampung Pasir Putih Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung dan Kampung Baru Pasir Putih.
Jurucakap Rasmi Covid-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 3,109 ujian saringan dan 120 daripadanya disahkan positif COVID-19.
”KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala
semua kes positif telah menerima rawatan,” kata Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, ”setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di tiga lokaliti dinyatakan pada 12 Jun 2021, seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan”.
Manakala PKPD membabitkan dua perkampungan dalam daerah Kota Kinabalu iaitu Kampung Lobou 1, Kampung Bukit Permai.
KKM mendapati berlaku peningkatan kes yang ketara apabila sebanyak 15 kes telah dikesan hasil daripada 20 ujian saringan dijalankan di kedua-dua perkampungan ini.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua perkampungan seperti dinyatakan berkuat kuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Berikutan PKPD di dua kawasan di Kampung Kadazan, Tawau, Sabah, sehingga kini, berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu apabila sebanyak 14 kes positif COVID-19 telah dilaporkan hasil daripada 45 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM dengan kadar positiviti 31.11%, manakala di Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut apabila sebanyak lapan (8) kes positif telah direkodkan dalam tempoh satu minggu.
Oleh itu, kedua-dua lokaliti tersebut PKPD dilaksanakan berkuatkuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan.
Masidi berkata,”terdapat 1 kluster baru direkodkan iaitu Kluster Kopi Blues – Tawau melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Sri Tanjung daerah Tawau.
”Kes indeks merupakan suri rumah, 46, dari Kg Lorong Saddani, Batu 2 yang disahkan positif melalui saringan bergejala pada 09 Jun 2021 bersama anaknya.
” Siasatan awal mendapati semua kontak telah menghadiri perjumpaan di Kg Kopi Blues Batu 2, iaitu rumah keluarga mereka sempena majlis pengebumian dan tahlil pada 29 Mei 2021.
“Aktiviti pengesanan kontak rapat dan mengenalpasti punca jangkitan sedang giat dijalankan,”katanya.
]]>