10 pelbagai saman – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Jul 2023 01:23:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 10 pelbagai saman – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Op Mabuk: 4 ditahan 10 pelbagai saman dikeluarkan https://sabahmedia.com/2023/07/24/op-mabuk-4-ditahan-10-pelbagai-saman-dikeluarkan/ https://sabahmedia.com/2023/07/24/op-mabuk-4-ditahan-10-pelbagai-saman-dikeluarkan/#respond Mon, 24 Jul 2023 01:16:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38856
Read Time:43 Second

TAWAU: Seramai empat individu berusia 22 hingga 39 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi kadar yang telah ditetapkan semasa Op Mabuk dijalankan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau malam Sabtu.

Selain sebanyak 10 keping saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya membabitkan pelbagai kesalahan menerusi operasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, fokus utama operasi ini adalah untuk mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol berada di atas jalan raya.

Katanya, kesemua pemandu kenderaan telah diuji menggunakan alat Screening Device II ( SDII ) dilokasi dan gagal ujian saringan awal.

“Mereka kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk pemeriksaan ujian pernafasan kedua menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) untuk mengesahkan kandungan alkohol dalam badan dan didapati melebihi had yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/24/op-mabuk-4-ditahan-10-pelbagai-saman-dikeluarkan/feed/ 0 38856