10 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 23 Jul 2021 13:21:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 10 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: 4 Kluster direkodkan, 10 lokaliti dikenakan PKPD https://sabahmedia.com/2021/07/23/covid-19-4-kluster-direkodkan-10-lokaliti-dikenakan-pkpd/ https://sabahmedia.com/2021/07/23/covid-19-4-kluster-direkodkan-10-lokaliti-dikenakan-pkpd/#respond Fri, 23 Jul 2021 13:21:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3484
Read Time:2 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Empat kluster baharu iaitu Kluster Bukit Mas, Kinabatangan, Kluster Jalan Stesen TV, Tawau, Kluster Kampung Mananam, Tongod dan Kluster Jalan Utara Dua, Sandakan merekodkan jumlah kes 45 (8.7%) dari jumlah kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media, empat kluster dilaporkan hari ini, Kluster Kg Mananam di Tongod dikesan pada 19 Julai 2021 melalui saringan bergejala melibatkan kes indeks merupakan lelaki, 49, pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag positif 34%) di Pejabat Kesihatan Daerah Tongod setelah mengalami gejala sakit kepala, sukar bernafas, hilang deria rasa, kurang selera makan dan demam.

Namun, saringan kontak mendapati 14 lagi kes positif dalam kalangan komuniti di sekitar kampung terbabit sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 20 kes termasuk lima kes baharu.

Manakala Kluster Jalan Stesen TV di Tawau melibatkan penularan jangkitan di sebuah ladang ternakan ayam di Mukim Sri Tanjung , daerah Tawau.

Kes indeks adalah buruh kasar lelaki, bukan warganegara, 24, disahkan positif Covid-19 dengan (RTK-Ag positif 20%) hasil saringan bergejala.

Saringan kontak rapat mendapati 48 kes positif termasuk keluarga, rakan sekerja serta jiran yang tinggal di kuarters pekerja.

Daripada 124 kontak yang disaring, kluster ini merekodkan 68 kes positif termasuk 19 kes baharu.

Sementara Kluster Bukit Mas di Kinabatangan adalah kluster jenis tempat kerja di Mukim Sukau, kes indeks merupakan lelaki, 32, kerani stor di Ladang Sawit Bukit Mas, Kinabatangan.

Kes yang mula bergejala demam dan batuk sejak 15 Julai 2021, disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag gred 100%) pada 19 Julai 2021 di Klinik Kesihatan Lahad Datu dan telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Saringan kontak mendapati 10 lagi kes positif dalam kalangan keluarga, pekerja dan tanggungan menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 11 kes.

Kluster seterusnya, Kluster Jalan Utara Dua di Sandakan tercetus di wad lelaki sebuah hospital kerajaan di Sandakan dan dikategorikan sebagai kluster pusat rawatan.

Kes indeks adalah lelaki, 74, yang menjalani ujian saringan Genexpert PCR selepas pemeriksaan oleh Pakar Perubatan ke atas X-ray dada, dikesan positif COVID-19.

Saringan seterusnya mendapati 11 kes positif masing-masing dua kes kakitangan dan sembilan kes pesakit-pesakit melalui saringan Genexpert PCR, manakala satu kes penjaga tahanan dan satu lagi kes kontak serumah melalui ujian RTK-Ag.

Turut menjalani ujian saringan Genexpert PCR ialah 28 pesakit di wad tersebut dan didapati negatif, sementara 18 health care workers yang menjalani ujian saringan PCR masih menunggu keputusan dan setakat 23 Julai 2021, kumulatif kes adalah 13 orang termasuk 11 kes baharu hari ini.

Dalam perkembangan lain, Masidi turut menyatakan 10 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 25 Julai 2021 hingga 7 Ogos 2021 iaitu melibatkan Kampung Kolam, Kudat, enam Lokaliti di Kota Kinabalu termasuk Taman Sepanggar, Blok D & E, Apartment Angkasa, Bandar Sinsuran, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Rampayan dan Kampung Lokub, Taman Sabana Fasa 1, Keningau, Kampung Berhala Darat & Kampung Melayu Bumiputra, Sandakan, dan Kampung Nagapas, Jalan Kebun Lama, Papar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/23/covid-19-4-kluster-direkodkan-10-lokaliti-dikenakan-pkpd/feed/ 0 3484
COVID-19: Dua kluster baharu punca jangkitan dalam komuniti, 10 lokaliti PKPD https://sabahmedia.com/2021/07/19/covid-19-dua-kluster-baharu-punca-jangkitan-dalam-komuniti-10-lokaliti-pkpd/ https://sabahmedia.com/2021/07/19/covid-19-dua-kluster-baharu-punca-jangkitan-dalam-komuniti-10-lokaliti-pkpd/#respond Mon, 19 Jul 2021 12:58:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3290
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Pauh, Kinabatangan dan Kluster Angsana, Papar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Pauh, Kinabatangan adalah kluster dalam kategori komuniti dan berlaku di Kg Pauh Mukim Buang Sayang Kinabatangan.

Katanya, kes indeks merupakan lelaki, warganegara Indonesia, 21, pekerja ladang (penyabit) di sebuah ladang sawit persendirian.

Namun hasil saringan kemasukan ke ladang di Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran pada 12 Julai 2021 mendapati keputusan kes indeks positif COVID-19 RTK- Ag 100% dan telah dirujuk ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

Aktiviti saringan kontak rapat kemudian mengesan 23 kes positif COVID-19 dalam kalangan kontak keluarga, sosial dan tanggungan.

Manakala, Kluster Angsana, Papar melibatkan penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti di daerah Papar.

Kluster ini mula dikesan apabila pesakit buah pinggang, wanita, 66, yang menjalani rawatan di unit dialisis swasta di Jalan Lintas, Kepayan tiga kali seminggu, disahkan positif dalam saringan bergejala pada 10 Julai 2021.

Bagaimanapun, daripada 77 sampel yang diambil, 29 sampel dikesan positif COVID-19 termasuk tujuh kes baharu pada hari ini melibatkan kontak rapat di Kg Seberang Benoni, Kg Takis, Kg Surati dan Taman Aman Suria di Papar. Sementara, 48 sampel didapati negatif dan 19 sampel lagi sedang menunggu keputusan.

Aktiviti pengesanan kontak rapat, kawalan penularan penyakit, disinfeksi dan siasatan punca jangkitan kedua-dua kluster terbabit masih giat dijalankan.

Dalam perkembangan lain, 10 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 21 Julai 2021 hingga 3 Ogos 2021 melibatkan Kampung Marau, Sipitang, Kampung Pituru Kinarut, Papar, Kampung Meruntum, Putatan, empat Lokaliti dalam daerah Kota Kinabalu iaitu Jalan Kampung Likas Simpang 3, Api-Api Centre Kota Kinabalu, Taman Ujana Kingfisher, Likas dan Kampung Salut, Telipok, Kampung Kebawang, Sipitang, dua Lokaliti dalam daerah Penampang iaitu Beverly Hills Fasa 2 dan Cybercity Fasa 2.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/19/covid-19-dua-kluster-baharu-punca-jangkitan-dalam-komuniti-10-lokaliti-pkpd/feed/ 0 3290
PKPD: 10 Lokaliti Dikenakan PKPD, 6 Lokaliti Ditamatkan https://sabahmedia.com/2021/07/12/pkpd-10-lokaliti-dikenakan-pkpd-6-lokaliti-ditamatkan/ https://sabahmedia.com/2021/07/12/pkpd-10-lokaliti-dikenakan-pkpd-6-lokaliti-ditamatkan/#respond Mon, 12 Jul 2021 13:20:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2953
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: 1O lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari bermula 14 Julai hingga 27 Julai 2021 iaitu Taman Muhibbah Fasa 1,2 & 3, Beaufort, kawasan sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau, Kampung Patikang Ulu, Kilang & Kuarters Focus Lumber, Kilang & Kuarters Veracity, Kilang & Kuarters Hasil Jadi, Pusat Memandu IDA,Penempatan warga Indonesia, dua lokaliti di Penampang iaitu Kampung Madsiang, Apartment Beverly Hills Fasa dan Kampung Kobusak, Penampang, Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tiada kluster baharu dilaporkan hari ini, namun saringan kluster dan saringan kontak rapat menyumbang kepada 70% daripada kumulatif harian kes yang dicatatkan pada hari ini.

“Sementara enam lokaliti ditamatkan PKPD esok 13 Julai melibatkan Kampung Linukaan, Kota Marudu, tiga lokaliti di Kudat termasuklah Kampung Perpaduan Gumpa, Kampung Perpaduan 2, Kampung Timbagaan, Matunggong, Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung, Tawau dan Kuarters Kilang Bata Kampung Durok, Kampung Limbawan Sayur, Keningau,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Dalam perkembangan lain, setakat hari ini, sejumlah 322,102 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 3.0.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/12/pkpd-10-lokaliti-dikenakan-pkpd-6-lokaliti-ditamatkan/feed/ 0 2953
10 Lokasi Tamat PKPD, 1 Lokasi dikenakan PKPD https://sabahmedia.com/2021/06/29/10-lokasi-tamat-pkpd-1-lokasi-dikenakan-pkpd/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/10-lokasi-tamat-pkpd-1-lokasi-dikenakan-pkpd/#respond Tue, 29 Jun 2021 13:33:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2242
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: 10 lokasi ditamatkan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) esok 30 Jun.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata,10 lokasi tersebut adalah dua lokaliti di penampang iaitu Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartmen, PPR Taman Ehsan, Kudat, dua lokaliti di Kalabakan iaitu Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai, dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah, dua lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil serta Kampung Taun Gusi Peninting, Kota Belud.

“Penamatan PKPD di lokasi-lokasi tersebut adalah dengan persetujuan semua agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendapati penurunan kes dan jangkitan di lokasi berkenaan,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Negeri.

Sementara satu lokasi dikenakan PKPD iaitu Kampung Balung Cocos, Tawau, berkuat kuasa 1 Julai sehingga 14 Julai 2021.

“KKM telah merekodkan sembilan kes di Kampung Balung Cocos, Tawau setelah 27 orang penduduk menjalani ujian saringan dengan kadar positiviti 33.33%,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/10-lokasi-tamat-pkpd-1-lokasi-dikenakan-pkpd/feed/ 0 2242