100 Pemandu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 17 Sep 2021 09:06:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 100 Pemandu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 100 Pemandu Bas Henti-Henti Terima Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/09/17/100-pemandu-bas-henti-henti-terima-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/09/17/100-pemandu-bas-henti-henti-terima-bakul-makanan/#respond Fri, 17 Sep 2021 09:05:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6471
Read Time:39 Second

SANDAKAN : Seramai 100 pemandu bas henti-henti daerah Sandakan menerima sumbangan bakul makanan menerusi Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Makanan Sempena Hari Malaysia baru-baru ini (15 September 2021).

Majlis yang diadakan di Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Cawangan Sandakan itu telah disempurnakan oleh Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung.

Menurut Chin, jumlah penerima awal ini merupakan sebahagian daripada 300 penerima sumbangan secara keseluruhan yang akan disampaikan secara berperingkat dalam masa terdekat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat swasta yang telah menyumbang dan berharap agar bantuan ini akan dapat meringankan beban pemandu yang terjejas akibat pandemik COVID-19,” kata Chin.

Turut hadir, Ahli Lembaga LPKP Sabah, Desmond Ling ; Pengerusi Persatuan Bas Henti-Henti Sandakan, Mohd Harun Ramli serta wakil LPKP Sabah Cawangan Sandakan, Mohd Soffian Etting.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/17/100-pemandu-bas-henti-henti-terima-bakul-makanan/feed/ 0 6471