TENOM : Seratus helai Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah diagih Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Tenom, hari ini.
Pengagihan Jalur Gemilang meliputi 13 buah kampung dalam kawasan N.42 Melalap dan N.43 Kemabong sempena sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini.
Penyerahan disempurnakan oleh Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah sebagai simbolik Program Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Tenom kepada Ketua Kampung Baru Jumpa, Edward Besar, sejurus selepas lawatan ke Program Outreach Vaksinasi Covid-19 CITF di Dewan Gereja, Kampung Baru.
Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Tenom, Mas Syazwan Masood, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong, Yuesri Ismail Yusof, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.43 Kemabong, Sabili Ahunang, dan Pegawai Penerangan Daerah, Sahiman Rahman. – PENERANGAN
]]>KENINGAU: “Saya tidak takut kena suntik vaksin,” begitu kata-kata semangat seorang warga emas yang berusia 100 tahun antara penerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Kecil Sook dekat sini pada Isnin. (21 Jun 2021).
Kuyinin Balansing berasal dari Kg Kabatang Baru, Tulid kira-kira 16km dari PPV Sook, ditemani oleh anak perempuannya Mihim Jiun, 61, semasa menerima suntikan vaksin tersebut.
Mihim berkata, ibunya tidak takut menerima vaksin Covid-19 kerana dia sudah dimaklumkan oleh anak-anaknya bahawa vaksin ini baik untuk kesihatan dan melindungi diri dari penyakit berjangkit yang merbahaya seperti Covid-19.
“Mama saya sempat lagi memberitahu kawan-kawannya supaya mengambil suntikan vaksin, mama saya cakap walaupun dia sudah tua umur 100 tahun tapi tidak takut untuk terima vaksin.
“Mama saya dalam keadaan yang baik sebaik sahaja menerima suntikan vaksin malah hari ini beliau sudah turun ke kebun,” ujar Mihim semasa ditemubual oleh pemberita Sabah Media hari ini.
Menurut Mihim, ibunya Kuyinin yang lahir pada 5 Jun 1921, mempunyai lapan orang anak, hanya memakan makanan yang direbus dan dipanggang serta banyak memakan sayur-sayuran yang ditanam sendiri adalah rahsia kesihatan ibunya sampai ke usia itu.
Manakala suami Kuyinin telah lama meninggal dunia sejak anak-anaknya kecil lagi.
Selepas sahaja Kuyinin menerima suntikan vaksin, ramai penduduk yang tinggal di kejiranan yang sama tampil dan mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.
Dalam hal berkaitan, petugas kesihatan di PPV Sook merekodkan seramai 78 penduduk dari kawasan Sook sehingga ke Kg Mongorimot, Mansiat yang terletak 120km dari Daerah Keningau hadir untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 mereka pada hari tersebut.
]]>8 Jun 2021
Normimie Diun
KOTA KINABALU: Sebanyak 100 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah hari ini.
Menurut Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah, seramai 33 orang dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak memakai pelitup separuh muka dengan betul.
Manakala, 19 orang gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran pelanggan, 25 orang Keluar rumah tanpa alasan munasabah, 14 kenderaan yang membawa penumpang berlebihan, 6 orang lagi dikompaun kerana tiada penjarakan sosial.
Masing-masing 1 orang bagi kesalahan premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran, ingkar perintah kuarantin dan ktiviti terlarang.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan memaklumkan bahawa penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marindan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 100 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 39 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan dan hasil pemeriksaan, satu tangkapan dibuat di bawah Akata Perikanan 1985.
“Laporan Kompaun Pihak Berkuasa Tempatan membabitkan enam kompaun dikeluarkan iaitu gagal mendaftar masuk premis menggunakan mysejahtera atau buku pendaftaran, kompaun dikeluarkan di daerah Papar, Sipitang dan Kota Marudu manakala tiga Kompaun tidak memakai pelitup muka di premis awam, kompaun dikeluarkan di daerah Tenom dan Kota Marudu.
Dalam perkembangan yang sama, sejumlah 132 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 55,095 buah kenderaan.
“Daripada jumlah tersebut, 822 buah kenderaan diarah berpatah balik. Pada hari ini, PDRM melaksanakan 73 hebahan melalui kereta peronda dengan satu tangkapan dibuat,” katanya.