& – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 31 Jul 2023 13:05:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png & – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelajar KV Keningau Johan & Naib Johan Robotik Kategori PikaBot Peringkat Negeri https://sabahmedia.com/2023/07/31/pelajar-kv-keningau-johan-naib-johan-robotik-kategori-pikabot-peringkat-negeri/ https://sabahmedia.com/2023/07/31/pelajar-kv-keningau-johan-naib-johan-robotik-kategori-pikabot-peringkat-negeri/#respond Mon, 31 Jul 2023 13:05:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39304
Read Time:1 Minute, 46 Second

KENINGAU: Dua pasukan pelajar yang terdiri daripada empat pelajar tahun satu semester pertama Kolej Vokasional Keningau telah berjaya menduduki dua tangga teratas bagi pertandingan robotik kategori PikaBot peringkat Negeri Sabah baru-baru ini.

Pertandingan tersebut yang berlangsung secara jarak jauh dikenali sebagai RERO Annual Championship (RAC) ataupun Kejohanan Tahunan RERO dimana RERO merupakan sejenis robot yang dibangunkan khas untuk melatih kemahiran pengaturcaraan.

Dengan pencapaian ini, kedua-dua pasukan ini akan mara ke peringkat kebangsaan yang berlansung di Negeri Sembilan pada 26 September ini.

Para pelajar ini telah dilatih oleh Khalifa Affnan yang merupakan ketua unit teknologi maklumat dan komunikasi kolej tersebut.

Pasukan pertama terdiri daripada Harniaty Enn dan Dayang Nur Dhaniyah Ag. Musidi yang merupakan pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak dan seni kulinari manakala pasukan kedua dianggotai oleh Sheilvie Crystal Stenlee dan Alley Alveela Kiflee @ Felix.

Pasukan ini masing-masing dinobatkan sebagai johan dan naib johan bagi kategori PikaBot dalam pertandingan tersebut yang bermula dari 24 Jun lalu iaitu tarikh penghantaraan penyertaan sehingga 30 Julai iaitu tarikh pengumuman keputusan.

Pertandingan yang dilaksanakan secara jarak jauh ini memerlukan para peserta merakam video mereka memprogramkan PikaBot iaitu sejenis robot bergerak untuk bergerak mengikut laluan tertentu dan mengesan halangan.

Menurut Khalifa Affnan dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti STEM yang dilaksanakan di kolej tersebut melalui projek Eureka Hub yang dilancarkannya beberapa tahun lalu.

Katanya, projek tersebut merupakan projek yang diwujudkan untuk melatih para pelajar dan guru menggunakan teknologi terkini seperti dron, pencetakan tiga dimensi, pengaturcaraan, teknologi digital dan robotik.

Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik memuji usaha para pelajar tersebut yang menunjukkan semangat mereka mempelajari sesuatu yang baru memandangkan mereka baru sahaja memasuki kolej itu pada awal tahun ini.

Beliau berkata, usaha ini adalah selari dengan perkhidmatan Ruang Daya Cipta (RDC) iaitu hab inovasi dan rekapcipta yang telah dilancarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada bulan Jun di kolej terbabit.

“Hab itu yang terletak di salah satu bangunan kolej tersebut adalah dibina khas untuk komuniti setempat agar mereka boleh mengakses latihan dan teknologi tertentu yang mampu membantu mereka membangunkan projek sosial atau perniagaan mereka,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/31/pelajar-kv-keningau-johan-naib-johan-robotik-kategori-pikabot-peringkat-negeri/feed/ 0 39304
Rumpai laut & halia bakal cipta gelombang pertumbuhan baru dalam pembangunan lestari sabah https://sabahmedia.com/2023/07/23/rumpai-laut-halia-bakal-cipta-gelombang-pertumbuhan-baru-dalam-pembangunan-lestari-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/07/23/rumpai-laut-halia-bakal-cipta-gelombang-pertumbuhan-baru-dalam-pembangunan-lestari-sabah/#respond Sun, 23 Jul 2023 01:54:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38785
Read Time:3 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Negeri Sabah bakal memperoleh pelbagai manfaat menyeluruh daripada halia dan produk berasaskan rumpai laut yang dihasilkan secara mampan di negeri ini, hasil daripada penerimaan dan pelaksanaan teknologi berasaskan bio terkini yang semakin meningkat di kalangan pemain industri tempatan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup mengulas mengenal potensi ini selepas menyaksikan majlis pertukaran produk berasaskan bio dan Memorandum Persefahaman anjuran Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) sempena sambutan Hari Koperasi Negara 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Sabtu (22 Julai).

Semasa majlis itu, Rhodomaxx Sdn Bhd, sebuah syarikat berasaskan bio di Sabah, melancarkan “AlgaGrow”, iaitu produk baja berasaskan bio yang diperoleh secara mampan daripada rumpai laut Sabah.

Arthur (dua kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak (kanan) menunjukkan produk berasakan bio “AlgaGrow” selepas pelancaran produk itu.

Sementara itu, majlis pertukaran MoU yang diadakan antara syarikat Bio-based Accelerator (BBA) Tamara Nanoetech (M) Sdn Bhd (Tamara) dan Koperasi Pembangunan Usaha Jaya Semporna Berhad (KOPUJAYA) menandakan kerjasama mereka bagi penubuhan ladang perintis untuk penanaman halia di Tuaran yang menggunakan input nutrien halia dengan teknik pertanian moden.

Datuk Arthur menyatakan bahawa syarikat berasaskan bio Malaysia yang inovatif seperti Rhodomaxx dan Tamara memainkan peranan penting dalam memartabatkan petani Sabah melalui pemodenan kaedah pertanian, membangunkan peluang ekonomi untuk menjana kekayaan, serta menyelesaikan isu global melalui penyelesaian mampan tempatan.

Katanya, sebagai negeri pengeluar rumpai laut terbesar dan pengeluar halia ketiga terbesar di Malaysia, Sabah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada sektor pertanian dan bioekonomi negara.

“Melalui dan sokongan yang diberikan oleh Bioeconomy Corporation, Rhodomaxx dan Tamara telah memaksimumkan sumber semula jadi yang banyak ini dan memanfaatkannya untuk memacu inovasi dan pertumbuhan yang mampan,” katanya.

Menurut Arthur, Rhodomaxx telah melabur RM1.5 juta dalam penyelidikan dan pembangunan produk, termasuk untuk derivatif berasaskan rumpai laut seperti bioplastik dan bahan tambahan makanan, dengan rancangan untuk meningkatkannya kepada RM12 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Sementara kerjasama antara Tamara dan KOPUJAYA di ladang perintis di Tuaran akan melibatkan sekurang-kurangnya 40 orang petani dari industri halia yang dijangka akan menghasilkan sekurang-kurangnya 150 tan metrik (MT) halia dari Sabah.

“Syarikat-syarikat ini menunjukkan bagaimana tindakan inovatif bersama pelaburan serius dan perkongsian strategik dalam bio dapat memacu kemajuan sektor pertanian di Sabah,” kata Arthur.

Tambah beliau, usaha ini sejajar dengan misi Dasar Bioteknologi Negara 2.0 untuk menyatukan dan menumpukan sumber dan aktiviti berasaskan bio Malaysia bagi kemajuan kemakmuran ekonomi, kelestarian masyarakat dan kesejahteraan masyarakat di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak menekankan bahawa inisiatif berasaskan bio yang dijalankan oleh Rhodomaxx, Tamara dan KOPUJAYA berteraskan amalan mampan yang akan menambah nilai yang tinggi kepada pembangunan pertanian dan ekonomi Sabah.

“Hasil daripada inisiatif ini. Sabah akan mendapat manfaat daripada input pertanian yang mampan, mengurangkan pergantungan kepada input baja yang diimport, mewujudkan peluang penyerap karbon yang berpotensi, penghasilan bahan input bukan kimia yang lebih selamat, saluran pasaran yang luas untuk penternak rumpai laut, pemindahan teknologi untuk penanaman halia berasaskan bio, pemodenan petani halia, dan pembangunan produk rumpai laut dan halia yang inovatif.

Katanya, inisiatif ini dijangka akan menjana hasil yang besar daripada rumpai laut sebagai komoditi yang sangat bernilai, dengan hasil tahunan rumpai laut mentah di Malaysia antara RM50 juta hingga RM60 juta dalam tempoh tiga tahun sebelumnya, di samping permintaan pasaran global yang kukuh untuk halia, yang diunjurkan mencecah USD10.3 bilion menjelang tahun 2030 dan berkembang pada kadar CAGR 4.7% dalam tempoh ramalan 2022-2030.
Manakala kadar sara diri (SSR) semasa Malaysia untuk halia berada pada 18.9%, iaitu volum import melebihi 50,000 MT.

Pengasas dan pengarah Rhodomaxx, Chung Ngin Zhun berkata, pada pandangan Rhodomaxx, masa depan rumpai laut di Sabah sangat cerah. Sebagai rakyat Sabah, kami percaya bahawa rumpai laut tempatan boleh menyelesaikan isu kemampanan dunia daripada pencemaran plastik dan ketidakseimbangan biokimia seperti bunga alga.

“Dengan sokongan dan bimbingan kerajaan Malaysia daripada Bioeconomy Corporation, kami menyasarkan untuk meningkatkan penghasilan bioplastik, baja dan bahan tambahan makanan kami untuk memenuhi pasaran global,” katanya.

Pengarah Urusan Tamara, Syakur Mohd Suhaimi menyatakan, pihaknya amat percaya bahawa kerjasama syarikatnya dengan Koperasi Pembangunan Usaha Jaya Semporna Berhad akan memacu perkembangan Tamara Nanoetech ke pasaran halia yang berkembang pesat di Sabah.

“Dengan menyepadukan input pertanian terkini dan memodenkan amalan penanaman halia, perkongsian ini bakal meningkatkan pengeluaran halia di Sabah, sejajar dengan matlamat negara untuk meningkatkan keselamatan makanan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/23/rumpai-laut-halia-bakal-cipta-gelombang-pertumbuhan-baru-dalam-pembangunan-lestari-sabah/feed/ 0 38785
Dialog Perundangan 3R tangani isu provokasi agama, bangsa & Institusi Raja-Raja (3R) https://sabahmedia.com/2023/07/21/dialog-perundangan-3r-tangani-isu-provokasi-agama-bangsa-institusi-raja-raja-3r/ https://sabahmedia.com/2023/07/21/dialog-perundangan-3r-tangani-isu-provokasi-agama-bangsa-institusi-raja-raja-3r/#respond Fri, 21 Jul 2023 09:26:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38704
Read Time:2 Minute, 56 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan mengambil maklum peningkatan jumlah kes provokasi agama, bangsa dan Institusi Raja-Raja (3R) baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman berkata, satu sesi libat urus yang terdiri daripada Perbincangan Kumpulan Fokus (‘Focus Group Discussion’) dan juga Dialog Perundangan 3R (‘3R Legal Dialogue’) Mengenai Isu Provokasi Melibatkan Agama, Bangsa dan Institusi Raja-Raja (3R) di Malaysia telah diadakan di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Kuala Lumpur pada Jumaat (21 Julai).

Katanya, walaupun terdapat undang-undang yang sedia bagi menangani isu tersebut termasuk Akta Hasutan 1948 [Akta 15], Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta.301], Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] dan Kanun Keseksaan [Akta 574], harus diambil kira bahawa antara undang-undang ini, ada yang telah digubal tujuh dekad yang lalu.

“Oleh itu, Kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula kerelevanan undang-undang yang sedia ada untuk memastikan perundangan selaras dengan perkembangan semasa.

Selain itu, Kerajaan turut peka terhadap cabaran yang dihadapi oleh pelbagai pihak penguatkuasa dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Azalina, cabaran yang dihadapi oleh agensi-agensi penguatkuasaan, seperti Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia antara lain, adalah penyebaran maklumat yang pantas melalui penggunaan teknologi yang canggih, akaun dalam talian palsu/digodam (fake/hacked accounts), kerahsiaan nama yang tidak dapat dikesan (anonymity) serta teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI) yang menyukarkan proses siasatan dan pendakwaan.

Mengulas lanjut sesi libat urus ini diadakan, Azalina berkata, ia bagi mengkaji keberkesanan perundangan sedia ada, serta cabaran-cabaran terkini yang dihadapi oleh agensi penguatkuasa dan juga untuk menerokai model perundangan alternatif dalam menangani isu ini dengan mengambilkira piawaian serta amalan terbaik di peringkat antarabangsa seperti Prinsip
Camden (Camden Principles), Pelan Tindakan Rabat (Rabat Plan of Action) dan Strategi dan Pelan Tindakan PBB Mengenai Ucapan Kebencian (UNSPAHS).

Sesi libat urus berkenaan telah dihadiri oleh lebih lima puluh wakil daripada pihak kerajaan dan
bukan kerajaan, termasuk Kementerian Perpaduan dan Kementerian dalam Negeri,
Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Badan-Badan Peguam, Pertubuhan Masyarakat Madani (CSO), Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik dan organisasi-organisasi agama.

Tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta-peserta sesi libat urus untuk tujuan perbincangan adalah sama ada Malaysia memerlukan:

i. Pemansuhan Perundangan Sedia Ada dan Penggubalan Akta Baharu
mempertimbangkan sama ada untuk memansuhkan perundangan seperti Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dengan digantikan dengan undang-undang baharu bagi kesalahan yang lebih spesifik. Selain itu Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan satu Perundangan baharu yang berbentuk jenayah atau quasi jenayah/ sivil.

ii. Pindaan Perundangan
iaitu membuat pindaan kepada perundangan yang sedia ada bagi memastikan isu provokasi 3R dapat ditangani secara holistik; atau

iii. Tiada Pindaan Perundangan (status quo) iaitu tiada perubahan perundangan diperlukan di mana usaha menangani isu provokasi 3R diteruskan melalui pendekatan yang lain.

Azalina berkata, kerajaan akan terus melibatkan semua pihak berkepentingan dalam mempertimbangkan hala tuju dasar dan perundangan yang holistik untuk dijadikan panduan kepada Kerajaan Perpaduan dalam menangani isu provokasi melibatkan 3R dan pada masa yang sama menggalakkan toleransi, keharmonian dan perpaduan.

“Di samping itu, hasil dari Perbincangan Kumpulan Fokus dan Dialog Perundangan 3R akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

“Kerajaan Perpaduan menyokong hak kebebasan bersuara sebagai hak rakyat Malaysia seperti mana yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights) [UDHR] pada masa yang sama mengambil kira bahawa hak kebebasan bersuara haruslah dimanfaatkan secara bertanggungjawab,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/21/dialog-perundangan-3r-tangani-isu-provokasi-agama-bangsa-institusi-raja-raja-3r/feed/ 0 38704
Bantu Wanita Peka Penjagaan Kesihatan & Institusi Kekeluargaan https://sabahmedia.com/2023/07/03/bantu-wanita-peka-penjagaan-kesihatan-institusi-kekeluargaan/ https://sabahmedia.com/2023/07/03/bantu-wanita-peka-penjagaan-kesihatan-institusi-kekeluargaan/#respond Mon, 03 Jul 2023 13:00:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37633
Read Time:1 Minute, 48 Second

TAMBUNAN: Program Jerayawara Kasih Keluarga Madani: Keluarga@Kerja merupakan antara usaha kerajaan untuk membantu golongan wanita lebih peka dengan penjagaan kesihatan diri, selain dalam aspek institusi kekeluargaan, kata isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Katanya, program itu pada tahun ini merupakan kesinambungan kepada siri penjelajahan kelima setelah dilancarkan di Sulaman, Tuaran pada 3 Mac 2022, bagi menyantuni kumpulan sasar di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

Beliau berkata, Program Jerayawara itu akan menjelajah ke seluruh negeri mengikut kawasan DUN yang telah dipilih bagi memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini dalam memfokuskan pembangunan dan pengukuhan institusi kekeluargaan serta meningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan reproduktif wanita.

“Pada tahun ini, program ini dijalankan serentak dengan kempen kesedaran kanser reproduktif wanita (WCaRe) yang dijalankan oleh pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“LPPKN Sabah telah menjalin kerjasama yang amat utuh dengan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat,Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) bagi memperluaskan lagi perkhidmatan kekeluargaan dan kesihatan reproduktif ke seluruh Sabah dengan penganjuran program ini”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jerayawara Kasih Keluarga Madani: Keluarga@Kerja bagi kawasan DUN N39 Tambunan sempena Sambutan Hari Ibu Bapa dan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) Peringkat Negeri tahun 2023 di Dewan Terbuka Pisompuruan Square, hari ini.

Juliah yang juga Yang Di Pertua MUTIARA GRS berkata, program itu juga akan menjadi medan kepada pihak berkaitan khususnya LPPKN untuk mengetahui secara dekat masalah atau keperluan masyarakat di peringkat akar umbi, khususnya golongan wanita di luar bandar.

Menurutnya pelbagai perkhidmatan disediakan dalam program itu, termasuklah program pendidikan kekeluargaan, Perkhidmatan Keluarga Bergerak (PKB) LPPKN bagi memberikan khidmat nasihat klinikal, saringan pemeriksaan kesihatan, dan pendaftaran saringan ujian mamogram secara percuma kepada wanita yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Katanya, pelaksanaan Program Jerayawara Kasih Keluarga Madani adalah platform terbaik kepada peserta untuk mendapat manfaat melalui sesi perkongsian yang telah disampaikan oleh pegawai-pegawai yang bertauliah dan pakar dalam aspek kekeluargaan dan kesihatan.

“Saya berharap lebih ramai wanita khususnya ibu-ibu, suri rumah mahu pun yang bekerja meluangkan masa hadir dalam program yang amat bermafaat ini, dan bersama-sama melindungi, mempertahan dan memperkasa institusi keluarga sebagai benteng dan tunjang kestabilan sosial”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/03/bantu-wanita-peka-penjagaan-kesihatan-institusi-kekeluargaan/feed/ 0 37633
DBKK lantik Syarikat Ec Green Cycle Sdn Bhd laksana khidmat kutip sampah di perumahan & komersial https://sabahmedia.com/2023/06/22/dbkk-lantik-syarikat-ec-green-cycle-sdn-bhd-laksana-khidmat-kutip-sampah-di-perumahan-komersial/ https://sabahmedia.com/2023/06/22/dbkk-lantik-syarikat-ec-green-cycle-sdn-bhd-laksana-khidmat-kutip-sampah-di-perumahan-komersial/#respond Thu, 22 Jun 2023 12:26:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36900
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah melantik syarikat EC Green Cycle Sdn Bhd bagi melaksanakan perkhidmatan pengutipan sampah di kawasan perumahan dan komersial di zon Inanam, Manggatal dan Telipok – Sepanggar bermula pada 21 Jun 2023.

Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie berkata, perkhidmatan kontrak ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengutipan sisa pepejal
sekaligus mengatasi isu kritikal berkaitan pelupusan sampah dan seterusnya mencapai misi DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandaraya yang bersih, hijau dan berdaya huni.

Katanya, pengambilalihan zon yang terlibat akan dilaksanakan secara berfasa mengikut bilangan jentera lori
kompaktor kontraktor yang sedia untuk beroperasi.

“Secara keseluruhan, sebanyak 360 kawasan akan
diambil alih iaitu 108 kawasan taman perumahan dan 253 kawasan komersial termasuklah apartmen dan kondominium. Syarikat akan beroperasi sepenuhnya pada 01 Oktober 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Junainah, jadual pengutipan yang ditetapkan adalah tiga kali seminggu bermula jam 6.00 pagi sehingga 2.00 petang bagi kawasan perumahan dan satu kali sehari bermula jam 4.00 petang sehingga 12.00 tengah malam bagi kawasan komersial.

“Justeru itu, DBKK menyeru kepada semua penduduk bandar raya untuk melupuskan sampah dengan bertanggungjawab
dan menggunakan tong sampah bersaiz 120 liter yang bertutup bagi kawasan perumahan serta memastikan sampah yang ingin dilupuskan hanyalah sisa domestik sahaja,” jelas beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa penduduk di kawasan zon yang terlibat boleh menghubungi syarikat EC Green Cycle Sdn Bhd melalui panggilan telefon atau Whatsapp di talian hotline 019 892 5441 atau terus menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal DBKK di talian 017 827 2217 untuk khidmat pengutipan sampah.

“Sebagai makluman, pengutipan sampah di kawasan perkampungan dalam zon Inanam, Manggatal dan
Telipok-Sepanggar masih lagi dilaksanakan sendiri oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/22/dbkk-lantik-syarikat-ec-green-cycle-sdn-bhd-laksana-khidmat-kutip-sampah-di-perumahan-komersial/feed/ 0 36900
Persatuan Etnik Perlu Terus Bangun & Martabat Budaya Etnik https://sabahmedia.com/2023/05/21/persatuan-etnik-perlu-terus-bangun-martabat-budaya-etnik/ https://sabahmedia.com/2023/05/21/persatuan-etnik-perlu-terus-bangun-martabat-budaya-etnik/#respond Sun, 21 May 2023 15:08:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34879
Read Time:2 Minute, 3 Second

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa persatuan etnik di negeri ini terus membangunkan dan memartabatkan budaya etnik
masing-masing agar tidak terus dilupakan, malah juga terkenal di peringkat antarabangsa.

Katanya, budaya merupakan aspek penting dalam kehidupan rakyat yang menjadi identiti sesuatu etnik dan harus dipelihara serta dimartabatkan untuk kepentingan semua.

Menurutnya, usaha perlu dilakukan untuk mengetengahkan budaya dan tradisi yang diwarisi kepada rakyat secara keseluruhannya terutama generasi muda.

“Era globalisasi dan kemodenan masa kini dikhuatiri akan menyebabkan anak-anak muda kita tidak mengenali budaya bangsa masing-masing. Kita perlu memastikan tradisi dan budaya yang diwarisi tidak pupus malah harus dipastikan terus kekal hingga ke generasi akan datang”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Muzik dan Tarian Tradisi Dusun (FMTD) Zon Parlimen Tuaran di Dewan Seri Sulaman pada Ahad.

Hajiji berkata, festival itu yang julung kali diadakan bertujuan menghidupkan semula dan melestarikan kekayaan kesenian Dusun di daerah Tuaran dan Tamparuli khususnya muzik tradisi Mojumbak dan tarian-tarian tradisi Dusun lain yang terdapat di daerah itu.

Menurutnya, tema festival, “Pemerkasaan Tradisi ke Arah Keberterusan dan Kelestarian Budaya Dusun” di Sabah jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk memastikan tradisi dan budaya etnik Dusun itu perlu dikekalkan serta diwarisi hingga ke generasi akan datang.

Katanya, kerajaan negeri menyokong dan menyambut baik penganjuran festival seperti
itu kerana ia sesuai dengan kepelbagaiaan budaya di Sabah yang memang unik dan menarik.

“Hasrat untuk menghidupkan semula dan melestarikan muzik tradisi Mojumbak dan
tarian tradisi ini menunjukkan satu perkembangan yang positif, menerusi penganjuran festival ini.

“Kekayaan budaya inilah merupakan khazanah negeri yang amat bernilai untuk terus dipertahankan sebagai sumber ekonomi negeri melalui industri pelancongan, industri seni kreatif, termasuklah industri kecil dan sederhana, berasaskan komuniti di Sabah”, tegasnya.

Hajiji berkata, tarian tradisi seperti limbai, sumazau dan magunatip serta muzik tradisi seperti kulintangan sudah diketahui ramai tetapi saya percaya dengan lebih 30 etnik di Sabah, masih banyak lagi khazanah budaya lama yang perlu diselongkar dan diketengahkan seperti muzik tradisi Mojumbak agar tidak pupus ditelan zaman.

Beliau percaya dengan perkongsian lagu dan muzik dari satu budaya ke budaya lain akan memberi orang ramai gambaran tentang cara hidup yang berlainan, disamping itu muzik dan lagu mempunyai cara tersendiri untuk menyatukan orang ramai.

“Umpamanya malam ini, orang ramai yang hadir bukan saja untuk memeriahkan majlis ini tetapi dalam masa sama ia mampu mengeratkan hubungan rakyat berbilang kaum di
negeri ini”, tegasnya.

Hajiji berharap Festival Muzik dan Tarian Tradisi Dusun (FMTD) dapat dijadikan sebagai program tahunan agar menjadi satu lagi produk pelancongan baharu di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/21/persatuan-etnik-perlu-terus-bangun-martabat-budaya-etnik/feed/ 0 34879
Segera tangani masalah prasarana & infrastruktur sekolah kawasan Tenom – Riduan https://sabahmedia.com/2023/03/31/segera-tangani-masalah-prasarana-infrastruktur-sekolah-kawasan-tenom-riduan/ https://sabahmedia.com/2023/03/31/segera-tangani-masalah-prasarana-infrastruktur-sekolah-kawasan-tenom-riduan/#respond Fri, 31 Mar 2023 07:29:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31860
Read Time:3 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin menggesa Kementerian Pendidikan segera menangani masalah pembangunan prasarana dan infrastruktur sekolah dalam kawasan Tenom yang diwakilinya.

Katanya, prasarana dan infrastruktur sekolah yang baik penting bagi mewujudkan ekosistem pendidikan berkualiti kepada para pelajar bagi membantu melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sahsiah dan intelek.

Beliau berkata antara masalah yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan ialah berkaitan permohonan pembinaan sekolah baharu -Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Tomani.

Menurutnya, tapak sekolah itu seluas 30.62 hektar milik Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah dipersetujui dan sedang menunggu proses pengesahan tapak dan harga.

“Sekiranya harga tanah tersebut tidak memenuhi kriteria Kementerian, saya akan minta Pejabat Daerah Kecil Kemabong untuk mencari tapak lain yang sesuai. Paling penting ianya jauh daripada ancaman banjir.

“Pembinaan SMK Kuala Tomani ini penting bagi menangani kesesakan di SMK Kemabong disamping para pelajar di kawasan tersebut terpaksa menempuh perjalanan kira-kira 15 hingga 30 kilometer untuk ke SMK Kemabong”, katanya semasa membahas Bajet 2023 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat,Kuala Lumpur, semalam.

Riduan juga meminta Kementerian Pendidikan membina dewan terbuka di sekolah-sekolah di Tenom yang belum mempunyai dewan serbaguna bagi tujuan aktiviti pelajar.

Selain itu katanya, status permohonan 8 buah sekolah di Tenom yang terlibat dengan bencana banjir besar pada tahun lalu juga memerlukan perhatian segera oleh kerajaan.

Antaranya ialah permohonan perpindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Kalang Kanar ke tapak baharu atas sebab status risiko sering dilanda banjir kerana terletak berhampiran sungai.

Kedua, permohonan gantian sekolah daif melibatkan Sekolah Kebangsaan Ladang Sapong dimana sekolah ini terlalu daif dan sering kali dilanda banjir sehingga lebih beberapa kali semusim.

Beliau mencadangkan sekolah itu dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat daripada banjir memandangkan bangunan sedia ada adalah bangunan kayu.

“Bangunan bilik guru yang kayu berketinggian lebih lima kaki pun sering dinaiki air dan banyak harta benda rosak termasuk komputer apabila sekolah itu dilanda banjir”, tambahnya.

Riduan juga meminta agar permohonan penyelenggaran bangunan kayu Sekolah Kebangsaan (SK) Inubai yang mengalami banyak kerosakan akibat banjir, SK Gumisi yang tidak selamat kerana lokasinya dikelilingi sungai besar yang menyebabkan banjir besar.

Selain itu, katanya permohonan perpindahan SK Melalap ke tapak baharu di Pekan Baharu Melalap kerana terpaksa berkongsi tapak dengan SJKC Vun Shin dan cadangan perpindahan SK Kemabong ke tapak baharu seluas 7 ekar dipercepatkan.

Menurutnya, permohonan sumbangan bantuan bagi Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tenom untuk SJKC Pada, Tenom dan SJKC Yuk Nam Paal, Kemabong.

Beliau juga memohon agar pihak kementerian memberi perhatian kepada permohonan bina baharu rumah guru melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entabuan dan SK Sumambu.

Katanya, SK Sumambu merupakan sekolah kategori 3 yang berada jauh di pedalaman, selain merupakan zon bukit di kawasan DUN Kemabong yang mana guru tidak dapat tinggal di kawasan tersebut dan terpaksa ulang alik setiap hari menggunakan motorsikal atau motorcross yang menyukarkan mereka untuk mengajar.

Menyentuh Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak, Riduan menggesa kementerian menyelesaikan isu bekalan air di SMK Chinta Mata dan SMK Kemabong yang agak menganggu sesi persekolahan kerana seringkali terputus bekalan air bersih.

“Saya memohon agar jambatan gantung sedia ada di SK Melalap, SK Pangi dan SK Sumambu yang digunakan sebagai laluan pelajar untuk ke sekolah digantikan dengan jambatan konkrit agar ianya lebih selamat, berkualiti dan tahan lasak untuk kegunaan seharian. Contohnya laluan utama ke SK Sumambu pada ketika ini perlu merentasi sungai menggunakan kereta, jika musim banjir guru-guru sukar melalui laluan tersebut. Begitu juga dengan Jalan ke SK Kolorok yang amat daif dan perlu dinaiktaraf.

“Walaupun projek jalan raya dan jambatan bukan dibawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan namun dengan sokongannya permohonan rakyat Tenom akan mendapat keutamaan kementerian berkaitan”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/31/segera-tangani-masalah-prasarana-infrastruktur-sekolah-kawasan-tenom-riduan/feed/ 0 31860