11 kereta – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 Nov 2024 07:56:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 11 kereta – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 11 kereta cermin pecah & kehilangan bateri kereta https://sabahmedia.com/2024/11/08/11-kereta-cermin-pecah-kehilangan-bateri-kereta/ https://sabahmedia.com/2024/11/08/11-kereta-cermin-pecah-kehilangan-bateri-kereta/#respond Fri, 08 Nov 2024 07:53:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63451
Read Time:1 Minute, 10 Second

LAHAD DATU: Kira-kira 11 kereta dipecahkan cermin dan kehilangan bateri kereta dalam satu kejadian di Kampung Desa Bajau, Jalan Tengah Nipah dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut hari ini (8 Nov) jam lebih kurang 6.00 pagi tadi.

“Pihak Polis Daerah Lahad Datu telah menerima sembilan laporan polis berhubung kes cermin kereta dipecahkan dan kehilangan bateri kereta bertempat di Kampung Desa Bajau Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu, gambar kejadian ini juga, telah tular dalam facebook Info Lahad Datu, Fans yang melaporkan 20 buah kereta cermin dipecahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil semakan pihak polis mendapati hanya 11 buah kereta terlibat yang di parkir oleh pemilik kenderaan pada Khamis (7 Nov) bermula jam 5.00 petang di kawasan yang sama iaitu kawasan parkir bebas Kampung Desa Bajau Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu.

“Seterusnya, didapati beberapa bahagian cermin kereta telah dipecahkan dan bateri kereta di curi oleh suspek yang masih bebas sebelum disedari oleh pemilik kenderaan pada keesokan hari.

“Kes di siasat di bawah Seksyen 379A (2) Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dijalankan berhubung kejadian ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Dzulbaharin memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menyalurkan kepada balai polis berhampiran atau kepada Sarjan Martin Motuin, Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu di talian 016-8392694.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/08/11-kereta-cermin-pecah-kehilangan-bateri-kereta/feed/ 0 63451