1MDB – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 12 Jan 2024 07:43:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png 1MDB – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peguam Najib tuntut kerajaan larang tayang ‘Man on the Run’ https://sabahmedia.com/2024/01/12/peguam-najib-tuntut-kerajaan-larang-tayang-man-on-the-run/ https://sabahmedia.com/2024/01/12/peguam-najib-tuntut-kerajaan-larang-tayang-man-on-the-run/#respond Fri, 12 Jan 2024 07:43:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47881
Read Time:1 Minute, 47 Second

PUTRAJAYA — Peguam Najib Razak menuntut kerajaan mengarahkan perkhidmatan aplikasi penstriman, Netflix, menurunkan serta melarang tayangan dokumentari berkaitan 1MDB.

Tetuan Shafee & Co berkata, “Man on the Run”, ditulis dan diarahkan Cassius Michael Kim, adalah subjudis dan memudaratkan kepada pembelaan Najib dalam bicara kes 1MDB yang masih berjalan.

Dokumentari itu berkisar peranan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, dalam 1MDB. Ia mula ditayangkan di pawagam tempatan pada Oktober tahun lalu dan kini tersedia kepada pelanggan Netflix.

“Kenyataan dikeluarkan dari pihak diwawancara (dalam dokumentari) juga berbentuk satu penghinaan kepada mahkamah,” kata firma itu.

Pihak peguam juga mendakwa beberapa personaliti membuat kenyataan subjudis dalam filem itu, termasuk bekas peguam negara Tommy Thomas, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Mallett, Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, bekas pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Charles O’Neal dan David Smith, bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua serta Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mereka juga memohon Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memastikan dokumentari itu dilarang tayang, selain menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap kru produksi Kim kerana menyebarkan kandungan menghina.

Pada Isnin, Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pembelaan mengadu kepada Mahkamah Tinggi berhubung dokumentari tersebut.

Dalam pada itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sepenuhnya kepada Kementerian Komunikasi berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya filem dokumentari Man On The Run dikeluarkan daripada Netflix.

Perdana Menteri berkata, perkara (permohonan) itu akan diteliti dan dipertimbangkan oleh Kementerian Komunikasi.

“Nanti diorang (Kementerian Komunikasi) akan pertimbangkan,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat bersama rakyat Sepang di Masjid al-Hijrah, Persiaran Desa Pinggiran Putra, di sini hari ini.

Pada 2021, menteri komunikasi dan multimedia ketika itu, Annuar Musa, berkata undang-undang sedia ada di Malaysia tidak terpakai kepada penyedia perkhidmatan penstriman, termasuk syarikat beroperasi di luar negara.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sedia berhubung dengan penyedia perkhidmatan untuk menyemak kandungan disiarkan mengambil kira kandungan “sangat tidak bersesuaian” kepada penonton Malaysia.

Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang berkait dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion didepositkan dalam akaun AmBank, antara Februari dan Disember 2014.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/12/peguam-najib-tuntut-kerajaan-larang-tayang-man-on-the-run/feed/ 0 47881
Bekas pembantu Jho Low dilapor meninggal dunia, https://sabahmedia.com/2023/05/31/bekas-pembantu-jho-low-dilapor-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2023/05/31/bekas-pembantu-jho-low-dilapor-meninggal-dunia/#respond Wed, 31 May 2023 02:28:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35467
Read Time:50 Second

CYBERJAYA: Bekas pembantu Low Taek Jho atau terkenal sebagai Jho Low yang memaklumkan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan itu kepada pihak berkuasa Malaysia, meninggal dunia.

Malay Mail dalam laporannya memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengesahkan kematian suspek, Kee Kok Thiam.

“Saya boleh katakan ya, memang dia. Namun, saya tidak dapat mengesahkan perkara lain,” kata sumber SPRM yang dipetik Malay Mail.

Dalam perkembangan berasingan, FMT pula melaporkan kematian itu disahkan pegawai kanan SPRM, selain disahkan sumber dari Pejabat Peguam Negara.

Kee dipercayai meninggal dunia akibat sakit mengejut.

Sebelum ini, lelaki berusia 56 tahun itu mengesahkan pertemuan dengan Low – dalang utama di sebalik kontroversi 1MDB – dan pelarian dalam buruan lain yang dikaitkan dengan skandal kewangan terbesar itu di Macau.

Awal hari ini, menurut Al Jazeera, SPRM percaya Low, “bersembunyi” di Macau, bersama individu lain yang dikehendaki dalam skandal 1MDB.

Jho Low berdepan pertuduhan di Malaysia dan Amerika Syarikat kerana didakwa menjadi dalang utama kehilangan USD4.5 bilion daripada 1MDB. Sebelum ini, Beijing menafikan melindungi Low.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/31/bekas-pembantu-jho-low-dilapor-meninggal-dunia/feed/ 0 35467